Monday 13 February 2012

Sambutan Ulangtahun Pertama Kelab Belia TDK 1 Tahun dan TDK Sr. Menang 2-1 ke atas TDK Jr.


Ampang, 12 Feb - Majlis Ulangtahun Kelab Belia TDK berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Padang UKRC, Ampang. Kehadiran YB Hj. Saari Sungib yang diundang khas juga menyerikan lagi majlis tersebut. 



Pengerusi Majlis, Zaim Reduan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan khususnya kepada YB Saari merasmikan Sambutan Ulangtahun KBTDK 1 Tahun.

Bacaan Doa oleh Pengerusi KBTDK, Khairul Azmi bagi memberkati majlis.

 "1 tahun Kelab Belia TDK ditubuhkan, Taman Desa Keramat telah mendapat satu gelanggang futsal" kata-kata semangat dan bermakna dari YB Saari Sungib.

YB Saari Sungib berucap memberi semangat kepada belia-belia KBTDK untuk terus bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan menjadikan UKRC, Ulu Klang Recreation Club sebagai satu contoh yang boleh diteladani.



Majlis Perasmian memotong reben dan memotong kek oleh YB Saari Sungib dan Pengerusi KBTDK, Khairul Azmi dan Timbalan Pengerusi KBTDK, Nazri Shah Alias

YB Saari Sungib menerima Plak Penghargaan Merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama KBTDK.

Captain TDK Sr.dan Captain TDK Jr. bergambar bersama Trofi Kemenangan KBTDK sebelum perlawanan

Lagenda Bola Sepak Negara, Md. Shah Norbit dan Reduan Abdullah turun padang menyaksikan perlawanan persahabatan TDK Sr. dan TDK Jr.

YB Saari Sungib bersalam mesra dengan pemain Kelab Belia TDK

Padang UKRC, padang penentuan. Padang yang punya sejarah tersendiri, masih dipertahankan dengan jiwa raga penduduk di kawasan Ulu Klang sendiri.

Gol Pembukaan oleh Nazri, TDK Sr. berjaya menewaskan TDK Jr.  2-1

Majlis penutupan Perlawanan Persahabatan KBTDK

Ucapan penutup oleh Pengerusi SNE, Encik Rustam Mustanir

Kapten TDK Sr., Saiful Rizal (UJE) menerima Piala Kemenangan KBTDK bagi tahun ini.

Pemain terbaik TDK Jr., Mohd Nazri Shah Alias (York) (2 jaringan)

Pemain terbaik TDK Jr., Ruswady (Buhe) (1 jaringan)

Most Valuable Player (MVP) TDK Sr., Najib Salleh aka Ajeeb

Most Valuable Player (MVP) TDK Jr., Haziq

TDK Sr. merakamkan gambar kemenangan bersama tahun ini.

KBTDK merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Ulangtahun Pertama Kelab Belia TDK. Yang diraikan juga YB Haji Saari Sungib dan En. Rustam Mustanir yang turut hadir. 

Semoga perjumpaan kali ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah dalam Taman Desa Keramat dan membina semangat baru KBTDK dalam merancang aktiviti-aktivti belia di masa akan datang. InsyaAllah.

HAPPY BIRTHDAY KBTDK

No comments :

Post a Comment