Tuesday 31 May 2011

Kursus Pemahaman Halalan dan Penyembelihan Mengikut Syarak

Kelab Belia TDK akan menganjurkan satu Kursus Pemahaman Halalan dan Penyembelihan Mengikut Syarak dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, JAWI dan Israq IQ Therapy pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-


Tarikh                         :  18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa                           :  8:00am - 5:00pm
Tempat                       :  Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat
Yuran Penyertaan      :  RM80.00


Tarikh Tutup Pendaftaran  :  11 Jun 2011





=Penyertaan=
Penyertaan adalah terbuka kepada lelaki dan wanita. Had umur penyertaan adalah tidak kurang dari 12 tahun. Penyertaan terhad kepada 100 peserta sahaja.

=Kelebihan dan Faedah Kursus=
1. Sijil penyertaan dari JAWI.
2. Latihan praktikal menyembelih ayam bagi setiap individu.
3. Peserta akan dibekalkan dengan ayam untuk sembelihan dan peralatan menyembelih untuk sesi praktikal.
4. Pemahaman Konsep Halal dan Toyyiba serta Penyembelihan Mengikut Syarak dalam sesi teori.
5. Konsep belajar dua hala dan bantuan mengajar dalam bentuk slideshow.
 

=Cara untuk menyertai kursus ini=
1. Dapatkan borang melalui nama-nama yang tertera dalam flyers di atas.
2.  Borang hendaklah diisi dengan lengkap (HURUF BESAR) untuk tujuan pensijilan.
3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00.
4. Peserta yang telah menyerahkan borang dan yuran hendaklah memastikan resit penyertaan diterima.
5.  Resit tersebut hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran di hari kursus nanti.


*Adalah diingatkan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta ingin menarik diri selepas tarikh tutup penyertaan pada 11 Jun 2011.


Wednesday 11 May 2011

PEBT Zon 6 Anjur Liga Generasi Selangor (GEN-S League 2011) peringkat Ampang Jaya


Penggerak Belia Tempatan (PEBT) MPAJ Zon 6 dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 6 dengan kerjasama Kelab Belia TDK menganjurkan Kejohanan Liga Bolasepak Generasi Selangor (GEN-S) AMpang Jaya 2011 bermula 14 Mei hingga 28 Jun 2011.

Liga 11 sebelah disertai oleh 8 pasukan belia di sekitar Ampang dan Ulu Klang. Kejohanan ini yang bertujuan mengumpulkan pasukan-pasukan belia yang berminat untuk bersaing dalam liga secara persahabatan. Hadiah yang ditawarkan adalah tidak terlalu lumayan kerana objektif yang disasarkan adalah liga persahabatan.

Kaedah Perlaksanaan liga ini adalah seperti berikut :


  1. Tiada yuran penyertaan
  2.  Deposit RM300 akan dipulangkan bila tamat liga mengikut terma dan syarat.
  3.  Setiap pasukan dikehendaki membayar RM 130 pada setiap perlawanan bagi menampung kos sewa padang dan saguhati pengadil.
  4.  Venue pertandingan di padang Batu Muda Sentul. Sekiranya ada perubahan akan diberitahu kelak.
  5. Pendaftaran pemain sebanyak 20-25 pemain berumur 16-40 tahun.
  6. Setiap perlawanan selama 80 minit dengan dua separuh masa.
  7. Perlawanan akan diadakan pad ahari Sabtu dan Ahad. Perlawanan pertama pada pukul 3.30 ptg dan kedua pada 5.15 ptg.
  8. Pengadil akan menunggu setiap pasukan yang lambat selama 10 minit. Sekiranya gagal menepati waktu, pasukan tersebut akan dikira kalah.3 mata akan diberi kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0. Wang deposit juga akan ditolak sebanyak RM 130.
  9. Sekiranya hujan lebat dan padang bertakung, perlawanan akan digantikan semula mengikut tarikh yang ditentukan pihak pengurusan liga.
  10. Pemain yang dikenakan 2 kad kuning, akan digantung 1 perlawanan.
  11. Pemain yang dikenakan kad merah, akan digantung 2 perlawanan.
  12. Pemain yang mencetuskan pergaduhan dan menerima kad merah akan dikenakan pergantungan  5 perlawanan.
  13. Mana-mana penyokong atau pemain simpanan mana-mana pasukan yang terlibat dalam pergaduhan, pasukan tersebut akan ditolak 3 mata dan duit deposit akan ditolak RM 130.
  14. Pengadil berhak menentukan sebarang keputusan di atas padang. Keputusan adalah muktamad.