Sunday 19 June 2011

Laporan Kursus Pemahaman Halal dan Penyembelihan Mengikut Syarak

Taman Desa Keramat, 18 Jun - Kelab Belia TDK telah menganjurkan satu Kursus Pemahaman Halalan Dan Penyembelihan Mengikut Syarak dengan jayanya di Surau Nurul Ehsan. Program ini juga telah dijalankan dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Israa Therapy.


Tarikh : 18 Jun 2011
Tempat : Surau Nurul Ehsan
Peserta : 58 orang
Fasilitator : 3 orang

Penceramah : Ustaz Abdul Halim Zakaria





Pembimbing kursus secara teori dan praktikal kaedah penyembelihan menurut syarak, Ustaz Abdul Halim Zakaria

Seramai 58 peserta mengikuti kursus sehari tersebut

Sesi teori dari Penceramah JAWI 



Sesi praktikal - Latihan Menyembelih Ayam Setiap Peserta

Teknik cara-cara melapah ayam 

Ayam yang telah dilapah digoreng untuk santapan peserta

YB Saari Sungib merasmikan acara penutup

YB Saari menyampaikan sijil kepada Sdr. Khairul Azmi selaku Pengarah Program kursus

Ustaz Abdullah, Imam Masjid Al-Khairiyah Au3 di antara salah seorang ustaz yang menyertai kursus.

Hj Rustam Mustanir, Pengerusi Surau Nurul-Ehsan memakaikan apron cenderahati kepada YB Saari daripada Kelab Belia TDK

Gambar kenangan bersama fasilitator

Gambar kenangan bersama YB Saari Sungib

Gambar kenangan Urusetia bersama YB Saari Sungib

TAHNIAH  AJK KEROHANIAN DAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KURSUS INI.

Monday 13 June 2011

XPDC Gunung Nuang Sempena Hari Satu Belia 2011

Kelab Belia TDK telah berjaya menganjurkan satu XPDC Gunung Nuang sempena Hari 1 Belia 2011 di bawah AJK Rekreasi dipimpin oleh Aiman Nazar. Butiran program yang dijalankan :-


Program : XPDC Gunung Nuang
Tarikh : 3, 4, & 5 Jun 2011
Tempat : Gunung Nuang
Peserta : 40 orang
Laporan Kemalangan : Tiada


Aiman : maafkan saya cik, hari ni saya sorang jer bekerja....saya tukang amik order saya tukang masak dan saya la tukang hantar....
Firdaus : hmmm....dgn cermin mata hitam nie boleh la aku pura-pura tido....
Shahir : aku kalau mamat nie lambat aku cepuk gak...

Azmi : abang kalau setakat Gunung Nuang nie celah gigi jer camnie...huhhfff!!!
Faizah : yer ker bukan abang 1st time ker nak panjat gunung nie...??
Azmi : shhh...jgn cakap kuat2....nnt orang depan dengar...
Nashriq : huuu....nasib baik aku ada geng...

Senaman letak tangan di bahu sambil mata pandang ke atas....

Aman : Haa....ini masyukkk...jun saiitoo!!
Aus : taakk tergambar tinggi pekertimu....tidak terbalas segala jasamu...hmm..sedap juga suara aku nei...

Sesi Kemarahan...

"Kami semua berjaya ke puncak!!!ehh..semua ker??mana senior??"

TAHNIAH  AJK REKREASI  ATAS PIMPINAN ANDA MENJAYAKAN PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG NUANG HARI BELIA 2011