Sunday 22 September 2013

Friendly Match - TDK fc (4) vs Selayang Utama fc (0)

Tarikh  :  22 September 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Kraftangan Rawang
Keputusan : Menang 4-0

Line up : Khidir, Amy, Haziq, Achique, Bojai, Bohe, Ewan, Joe, Arin, Anuar dan York

Sub : Hisham, Acha, Abe, Moq, Uje, Aizat, Abas dan Adli

Penjaring : Ewan (FK), Abe, Bohe (PK) dan Hisham

Asist : York, Abas, Aizat dan Anuar

Man of the match : Khidir

Thursday 12 September 2013

Mesyuarat Sambutan Aidiladha dan Ibadah Qurban 1434H

Dijemput semua ahli kariah Taman Desa Keramat untuk hadir ke mesyuarat di atas pada 12 September 2013 selepas solat Isyak di Surau Nurul Ehsan.

Kehadiran dan kerjasama ahli kariah didahului ucapan terima kasih.

Tuesday 10 September 2013

Sumbangan kepada Sdra. Rafiq (As), Mangsa Kebakaran Cheras, Batu 9



10 September - Kelab telah mengadakan kutipan derma dalam usaha membantu salah seorang rakan kelab, Mohd Rafiq Samsudin atau lebih dikenali dengan nama As yang kediamannya musnah dalam kebakaran di Cheras, Batu 9 baru-baru ini. Sumbangan yang terkumpul telah disampaikan kepada Sdra. Rafiq hari ini.

Seluruh warga Kelab bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rafiq sekeluarga.

“Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga tetap tabah dengan ujian yang mendatang ini lebih-lebih lagi musibah yang menimpa beliau berlaku dalam Bulan Syawal.
Semoga dengan sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Sdra Rafiq.

Rafiq merupakan seorang warga Taman Desa Keramat yang dulunya tinggal di lorong 4 dan telah berhijrah ke Seremban dan menetap di Cheras, Batu 9 sehingga musibah menimpa beliau pada 22 Ogos yang lepas.

Kediaman Rafiq sekeluarga merupakan salah sebuah daripada 6 rumah kayu (12 pintu) yang musnah dalam kebakaran tersebut.


Menurut Rafiq, ketika kejadian, beliau dan isteri tiada di rumah kecuali dua anaknya dan ibu mertua. Kebakaran berpunca dari percikan api elektrik dari rumah jiran belakang. Anaknya ketika itu tersedar api sedang marak dan asap masuk melalui tingkap terus membawa adik dan nenek (ibu mertua Rafiq) keluar dari rumah tersebut. Alhamdulillah, tiada kematian dan kecederaan dalam kebakaran itu.

"Api merebak dalam masa 15 minit sahaja, menyebabkan kesemua rumah berdekatan terbakar rentung. Jiran berdekatan cuba berusaha memadamkan api namun gagal. Bomba & Penyelamat Kajang yang tiba kemudian memadamkan api yang sedang marak.


Rafiq mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan mengambil perhatian terhadap musibah yang menimpa beliau. Pihak Kelab berharap agar Rafiq sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang masih boleh berbuat demikian seperti berikut:-





Seminar Kewangan Keluarga & Zakat

Biar Papa Asal Bergaya?! Di Wisma Felcra, KL pada 29 September 2013.

Click for enlarge

Saturday 7 September 2013

Friendly Match - TDK fc (3) vs Taman Sri Murni (2)

Tarikh  :  07 September 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Kraftangan Rawang
Keputusan : Menang 3-2

Line up : Andy, Amy, Haziq, Bojai, Ucu, Abas, Acik, Acha, Joe, Ewan dan York

Sub : Moq

Penjaring : Joe dan Ewan (2x)

Asist : Ewan, Abas dan York

Man Of The Match : Haziq

Friday 6 September 2013

Ceramah Isu Mesir - Morsi, Ikhwan Muslimin dan Kisah Mesir



5 Sept, telah diadakan satu ceramah mengenai isu mesir di Surau Nurul Ehsan. Ceramah disampaikan oleh Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme iaitu Pengerusi Belia dan Remaja Ikram Selangor.


Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme sedang menyampaikan ceramah.

Dalam penyampaian beliau menceritakan Sejarah Mesir, Kelebihan Mesir, Kisar Dr. Morsi sebelum dilantik sebagai presiden dan selepas digulingkan, dan Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia yang jauh perlu mengambil berat isu Mesir ini.


Salah satu slide presentation oleh Abu Dzar mengenai Kekuatan dan Keyakinan Ikhwanul Muslimin.

Alhamdulillah, walaupun perancangan untuk mengadakan ceramah ini terlalu singkat, pihak Kelab Belia TDK tidak sempat untuk mengiklankan ceramah ini namun dianggarkan seramai 70 jemaah yang hadir dalam ceramah tersebut.


Jemaah muslimin

Jemaah muslimat

Selepas solat Isyak, semua jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda menyokong perjuangan Morsi dan Ikhwan Muslimin. Pihak Ikram Ampang Jaya juga membuka tabung derma bagi membantu rakyat Palestin. 





 Jemaah sedang membaca risalah perjuangan di Syria



Jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda meyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin dan Morsi

Membeli sambil menderma bagi membantu rakyat Palestin

I

Tuesday 3 September 2013

Majlis Tautan Mahbbah Aidil Fitri 2013

Alhamdulillah, 31 Ogos yang lepas Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri anjuran Darul Muhibbin dengan kerjasama Kelab Belia TDK dapat dijalankan dalam suasana yang penuh imarah di  Surau Nurul Ehsan.

Persediaan jamuan oleh Kelab
Perarakan Mawlid bermula dari Lorong 6 menuju ke Surau Nurul Ehsan







Kumpulan qasidah 

Jamuan makan talam yang sedang disediakan pihak Kelab




Antara jemaah yang hadir




Gambar kenangan