Tuesday 10 September 2013

Sumbangan kepada Sdra. Rafiq (As), Mangsa Kebakaran Cheras, Batu 9



10 September - Kelab telah mengadakan kutipan derma dalam usaha membantu salah seorang rakan kelab, Mohd Rafiq Samsudin atau lebih dikenali dengan nama As yang kediamannya musnah dalam kebakaran di Cheras, Batu 9 baru-baru ini. Sumbangan yang terkumpul telah disampaikan kepada Sdra. Rafiq hari ini.

Seluruh warga Kelab bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rafiq sekeluarga.

“Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga tetap tabah dengan ujian yang mendatang ini lebih-lebih lagi musibah yang menimpa beliau berlaku dalam Bulan Syawal.
Semoga dengan sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Sdra Rafiq.

Rafiq merupakan seorang warga Taman Desa Keramat yang dulunya tinggal di lorong 4 dan telah berhijrah ke Seremban dan menetap di Cheras, Batu 9 sehingga musibah menimpa beliau pada 22 Ogos yang lepas.

Kediaman Rafiq sekeluarga merupakan salah sebuah daripada 6 rumah kayu (12 pintu) yang musnah dalam kebakaran tersebut.


Menurut Rafiq, ketika kejadian, beliau dan isteri tiada di rumah kecuali dua anaknya dan ibu mertua. Kebakaran berpunca dari percikan api elektrik dari rumah jiran belakang. Anaknya ketika itu tersedar api sedang marak dan asap masuk melalui tingkap terus membawa adik dan nenek (ibu mertua Rafiq) keluar dari rumah tersebut. Alhamdulillah, tiada kematian dan kecederaan dalam kebakaran itu.

"Api merebak dalam masa 15 minit sahaja, menyebabkan kesemua rumah berdekatan terbakar rentung. Jiran berdekatan cuba berusaha memadamkan api namun gagal. Bomba & Penyelamat Kajang yang tiba kemudian memadamkan api yang sedang marak.


Rafiq mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan mengambil perhatian terhadap musibah yang menimpa beliau. Pihak Kelab berharap agar Rafiq sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang masih boleh berbuat demikian seperti berikut:-





No comments :

Post a Comment