Sunday 26 February 2012

Friendly Match-TDK FC vs Hooligan, TDK Fc Menang 6-3

Tarikh    :   26 Februari 2012
Masa     :   4.00 ptg
Tempat  :  Padang Batu Muda Sentul
Keputusan  :  TDK FC 6 - 3 Hooligan FC
Penjaring    :  Joe - 2
                        York - 1
                        Ewan - 1
                        Bohe - 1
                        Abas - 1
                     





Man Of The Match : JOE



Sunday 19 February 2012

TDK Kid vs Cimb Kid

TDK Kid
Gambar : Nazri

18 Feb - Perlawanan persahabatan pertama TDK Kid bertemu Cimb Kid di Padang Ibukota. Keputusan perlawanan adalah seri 1-1. Penjaring ; Haikal. Perlawanan persahabatan TDK Kid  dan UKRC pada 11 Mac 2012 JAM 10.00pagi bertempat di padang UKRC. Mari ramai-ramai kita datang memberi sokongan kepada TDK Kid. Semestinya TDK Kid BOLEH!!!!

Monday 13 February 2012

Sambutan Ulangtahun Pertama Kelab Belia TDK 1 Tahun dan TDK Sr. Menang 2-1 ke atas TDK Jr.


Ampang, 12 Feb - Majlis Ulangtahun Kelab Belia TDK berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Padang UKRC, Ampang. Kehadiran YB Hj. Saari Sungib yang diundang khas juga menyerikan lagi majlis tersebut. 

Sunday 12 February 2012

Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah" di Surau Nurul Ehsan


Acara kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Surau Nurul Ehsan diisi dengan satu Majlis Ilmu Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah". Dianggarkan 300 jemaah yang hadir, Muslimin dan Muslimat termasuk penduduk di luar kariah Taman Desa Keramat juga turut hadir. 

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Anjuran Surau Nurul Ehsan


Taman Desa Keramat, 11 Feb - Majlis Perarakan menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1433H bagi kariah Taman Desa Keramat telah dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama yang diberikan semua penduduk kariah TDK sendiri. Dengan kehadiran  Yang Berhormat, Tn. Hj. Saari Sungib memeriahkan lagi majlis tersebut.

Saturday 11 February 2012

Majlis Ulang Tahun Kelab Belia TDK 1 Tahun

Assalamualaikum w.b.t


Dijemput semua penduduk Taman Desa Keramat untuk hadir ke majlis sambutan 1 Tahun Kelab Belia TDK seperti butiran berikut:-


Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 4:30petang
Tempat : Padang UKRC, Ampang
Dirasmikan oleh YB Haji Saari Sungib


Satu perlawanan bolasepak musuh tradisi TDK Senior vs TDK Junior akan diadakan pada hari tersebut. Mari pakat semua datang. Kita tengok siapa menang!!!



Jemputan ke Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah"

Assalamualaikum w.b.t


Dijemput semua muslimin muslimat untuk hadir ke majlis Forum Perdana anjuran Surau Nurul Ehsan seperti iklan seperti di bawah.



Semoga kehadiran anda semua dapat menambahkan lagi kecintaan terhadap junjungan Rasulullah S.A.W dan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Monday 6 February 2012

Surau Nurul Ehsan Juara Keseluruhan Perarakan Maulid Nabi Masjid Al-Ansar 1433H/2012


Gambar kenangan Kontinjen Surau Nurul Ehsan 

Keramat, 5 Feb - Sepanduk kontinjen perarakan Surau Nurul Ehsan telah dipilih sebagai juara kategori sepanduk terbaik di dalam progam Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012 anjuran Masjid Al-Ansar awal pagi ini.

Friday 3 February 2012

Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Au2 Keramat

Gambar : Salman Fadli

03Feb, Keramat - Gotong Royong Perdana Anjuran Masjid Al-Ansar telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H. Kesemua wakil dari surau-surau di bawah kariah Masjid Al-Ansar turun padang dalam program tersebut. Setiap surau diberi petak masing-masing untuk dibersih dan diselenggarakan.