Friday 3 February 2012

Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Au2 Keramat

Gambar : Salman Fadli

03Feb, Keramat - Gotong Royong Perdana Anjuran Masjid Al-Ansar telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H. Kesemua wakil dari surau-surau di bawah kariah Masjid Al-Ansar turun padang dalam program tersebut. Setiap surau diberi petak masing-masing untuk dibersih dan diselenggarakan. 


Harapan agar program ini sentiasa diteruskan bagi mengeratkan lagi pertalian antara muslimin dan muslimat disamping mengikatkan juga kepada saudara mara kita yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh allahyarham dan allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah.

Al-Fatihah kepada rakan seperjuangan Allahyarham Musyiri Sulaiman. 

No comments :

Post a Comment