Sunday 30 June 2013

Friendly Match - TDK fc (8) vs Selayang fc (0)

Tarikh   : 30 Jun 2013
Masa    : 5 ptg
Tempat : Padang Batu Caves
Keputusan : Menang 8-0

Line Up : Andy, Uje, Moq, Nas, Bojai, Bohe, Ewan, Abas, Abe, Joe dan York

Sub : Haziq dan Amy

Penjaring : Abe 1, Ewan 2, Joe 3, York 1 dan Moq 1

Asist : Joe 1, Abas 1, Bohe 1, Ewan 3 dan York 2

Kad Kuning : Bohe

Man of the match : Joe

Sunday 23 June 2013

Overhaul Stor Surau Nurul Ehsan

Satu pasukan yang diketuai oleh En Najib Salehuddin dan staf yang terdiri oleh An, Fizi, Aman, Andy, Bojai, Joe, Ali, Pad lee, Jack, Amy dan Andak telah berjaya mengemas stor surau yang boleh dikategori agak kotor dan tidak sihat. Dengan melibatkan 3 fasa, Punggah - (keluar semua barang, buang barang tidak diperlukan dan sort jenis barang yang digunakan), Pembersihan - (Menyapu, Mop, pest control dan cat), dan Penyusunan - (Masukkan kembali barang dan susun mengikut jenis barang) telah mengambil masa sehingga 3 minggu. Pest control juga dibuat bagi meningkatkan taraf kebersihan stor. Akhirnya stor dapat disiapkan dan hasilnya cukup membanggakan. Pihak surau juga turut gembira dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. KBTDK mengucapkan TAHNIAH buat semua dan hanya Allah sahaja dapat membalas jasa anda semua.

Stor surau bertukar wajah.


Kabinet baru di dapur Surau.


Program Nisfu Sya'aban 2013

Alhamdulillah satu program majlis ilmu telah dibuat mengenai Nisfu Sya'aban yang diceramahkan oleh Ustaz Iqbal Hanif dan dihadiri hampir 70 orang. Majlis diakhri dengan solat Isyak berjemaah dan sedikit jamuan. Dengan Ramadhan yang semakin hampir, diharap semua penduduk Taman Desa Keramat khususnya akan lebih bersedia dan menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dan termantap dengan izin Allah. Jangan lupa fasa ke 3 akan dibuat pada 6 Julai untuk persiapan menghadapi bulan Ramadhan.

Ustaz Iqbal Hanif

Antara Muslimin yang hadir

Antara Muslimat yang hadir

Friendly Match : TDK fc (2) vs PPR Veteren (4)

Tarikh : 23 Jun 2013
Masa  : 5.00 ptg
Tempat : FRIM
Keputusan : Kalah 2-4

Line up : Shah, Uje, Moq, Nas, Bojai, Wan Razak, Ewan, Bohe, Abas, Adli dan York.

Sub : Achique, Haziq

Penjaring : York 1 dan Ewan 1

Asist : Abas 1 dan Bohe 1

Man of the match : Bohe

Saturday 22 June 2013

Friendly Match : TDK fc (4) vs Takaful Nasional (6)

Tarikh : 22 Jun 2013
Masa  : 5 ptg
Tempat : Padang Setiawangsa
Keputusan : Kalah 4-6

Line up : Aish, Enash, Ucu, Zahin, Haziq, Joe, Urwah, Ewan, Zaid, Otai dan York

Sub : Andy, Bohe, Moq, Achique

Penjaring : Urwah 1, York 1, Bohe 1 dan Ewan 1

Asist : York 2, Ewan 2

Man of the match : Ewan

Tuesday 18 June 2013

Setiausaha KBTDK Kemalangan Jalan Raya.

Setiausaha KBTDK iaitu En Muhammad Sahlan bin Salehuddin atau panggilan mesra Alan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan 2 motosikal. Disebabkan kereta tersebut memasuk simpang tanpa memberi signal, namun Alan berjaya mengelak kereta tersebut tetapi dilanggar oleh motosikal yang datang dari belakang. Yang agak menyedihkan sedikit kemalangan berlaku pada hari lahir beliau iaitu pada 18 Jun. Alhamdulillah selepas dirawat di hospital, Alan hanya mengalami cedera "soft tissue injury" di kedua belah tangan kanan dan kiri. Tiada patah dan retak. Kami dari KBTDK mendoakan agar Alan cepat sembuh dan dapat beraksi semula untuk TDK FC.

Menunggu pemeriksaan X-Ray pada tangan kanan.

Keadaan En Sahlan selepas selesai pemeriksaan.

Sunday 16 June 2013

Majlis Tahnik, Cukur Kepala dan Aqiqah Saudara Azmi (Pengerusi KBTDK)

Alhamdulillah, majlis yang telah berlangsung di alamat no 26 Jalan AU2C/4 Taman Desa Keramat, pukul 11 pagi buat muslimin dan 2 ptg untuk muslimat telah berjaya dilakukan jayanya dengan harapan majlis ini di berkati Allah s.w.t. Majlis yang mengambungkan Tahnik, Cukur Kepala, Aqiqah (2 ekor kambing) dan masuk rumah baru memberi seribu makna yang berharga buat En Azmi. Kami daripada KBTDK mendoakan agar kehidupan beliau sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Ustaz Ahmad Bukhori memberi tazkirah

Antara tetamu yang hadir

Ustaz Khalid sedang mencukur rambut

Antara tetamu istimewa yang hadir

Nama saya Abdurrahman Faqeh 

Saturday 15 June 2013

Friendly Match : TDK fc (0) vs Frienz fc (3)

Tarikh   : 15 Jun 2013
Masa    : 5.00 ptg
Tempat : Briekfield DBKL
Keputusan : Kalah 0-3

Man of the match : Haziq

Line up : Shah, Moq, Nas, Enash, Ucu, Haziq, Ewan, Bohe, Joe, Abe dan York

Sub : Alan, Ijam Aho, Achique dan Aizat

Sunday 9 June 2013

Program Prepare for Ramadhan, Fasa 2 - Penghayatan bulan Syaaban Berjalan Lancar....

Alhamdulillah fasa ke 2 berjalan dengan jayanya. Hampir 160 orang telah hadir dalam program ini. Bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Petikan daripada hand out yang disampaikan  oleh Ustaz Ismat Nazirin mengenai Nisfu Sya'ban 

'Usamah b. Zaid berkata :Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan lain sebanyak engkau berpuasa ketika sya’ban? Rasulullah menjawab: “Bulan tersebut manusia agak terleka kerana ianya berada ditengah Rejab dan Ramadhan, Ianya adalah bulan diangkat segala amalan kepada ‘Tuhan Sekelian Alam’ dan aku amat berharap dan suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa.- HR (Ahmad 21753), (An-Nasaie 2357)'

Ustaz Ismat juga memberi peringatan mengenai tiada sembahyang sunat khusus dan doa berkaitan Nisfu Sya'ban dan sekiranya amalan seperti bacaan Yassin sebanyak 3 kali hendak dibuat masih tidak menjadi masalah asalkan kita tidak mengatakan ia anjuran Rasulullah S.A.W kerana nabi tidak melakukannya. 

Insyaallah fasa ke 3 mengenai RAMADHAN akan dibuat pada 6hb Julai 2013 bermula Maghrib berjemaah dan harapan lebih ramai hadirin akan datang memandangkan RAMADHAN akan tiba. Semoga RAMADHAN kali ini kita tidak RUGI. 

Ustaz Ismat Nazirin penceramah jemputan

Antara jemaah yang hadir

Hand out yang dikemaskini oleh En Azzahir

Nasi kukus ayam menjadi menu

Antara AJK Program sedang menjamu selera

Thursday 6 June 2013

Program Israk & Mikraj 2013

Alhamdulillah program Israk Mikraj telah berjaya dilakukan dan hampir 120 jemaah telah menghadiri program ini. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Imran. Satu petikan dari kata-kata Ustza Imran, satu hikmah diambil dari kejadian besar ini ialah rukun Islam ada 5, 4 daripadanya hanya diperintahkan melalui wahyu hanya perintah Solat diterima Rasulullah secara 'face to face'. Ini menunjukkan betapa pentingnya Solat disisi Allah. Sama-sama lah kita menjaga solat agar kita tergolong dalam orang-orang beriman. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Imran

Antara jemaah yang hadir