Saturday 3 December 2011

Pertandingan Perlawanan Akhir Futsal Piala Pengerusi JKKK Kg Kemensah

3 Dis 2011, Kemensah - Pertandingan perlawanan akhir futsal Piala Pengerusi JKKK Kg Kemensah yang telah diadakan di padang futsal Kg Kemensah.
Perlawanan akhir antara Kelab Belia TDK dan Kelab Belia Kg Pasir 
YB Haji Saari Sungib turut hadir menyaksikan perlawanan akhir antara kedua pasukan  
Kehadiran yang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Ketua Kampung 
Nizwan menerima Piala Abd Aziz Abd Wahab daripada  YB Saari dan Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wabab.
Kelab Belia TDK mengambil gambar kenangan bersama YB Saari Sungib

Monday 26 September 2011

Majlis Jamuan Aidilfitri dan Perasmian Gelanggang Futsal Taman Desa Keramat

Taman Desa Keramat, 25 September 2011 - Kelab Belia TDK telah dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan telah mengadakan satu Majlis Jamuan Aidilfitri Taman Desa Keramat dan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Kelab Belia TDK.


Pengerusi KBTDK, Azmi sedang menyusunatur majlis

YB Saari Sungib, dijemput khas bagi merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Merasmikan Gelanggang Futsal KBTDK.
 
Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam menyampaikan ucapan aluan
YB Saari Sungib menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kelab Belia TDK dan penduduk setempat kerana telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Taman Desa Keramat
En. Rustam Mustanir memberikan Penghargaan Gambar Kenangan kepada YB Saari Sungib 

Penghargaan di atas jasa YB Saari Sungib selama memimpin Hulu Kelang

Ramai penduduk yang hadir dalam meraikan majlis Aidilfitri Taman Desa Keramat yang julung-julung kalinya diadakan.

Ustaz Ahmad Nizam Yamani Shadan hadir memberikan tazkirah dan doa selamat untuk keberkatan  sepanjang majlis
Saari menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada pertandingan yang dianjurkan 
Majlis Perasmian memotong reben oleh YB Saari Sungib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan, En. Rustam dan Pengerusi KBTDK, Azmi
YB Saari menendang bola gimik bermulanya acara perlawanan perasmian
Perlawanan pembukaan di antara TDK Kid


Permainan yang mencuit hati Kaum Ibu - Musical Chairs

Pertandingan menganyam ketupat Kaum Ibu

Permainan kanak-kanak -Cari gula-gula dalam tepung

Zaim, pengerusi acara permainan dalam majlis.

Ustaz Khalid juga turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Bacaan Doa oleh Ustaz Shahrul Nizam sebelum menjamu hidangan
 Kehadiran yang ramai memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri Taman Desa Keramat
Tokey Lemang, Ruswadi

Brother Mazlan dan Fizi bertungkus lumus menyediakan hidangan.

YB Saari dan En. Rustam...Apa yang digelakkan nya tu..?

Lontong Brother Mazlan

Rendang Daging....menyelerakan bukan??



Kemeriahan Sambutan Aidilfitri 1432H ini membawa seribu erti dalam merapatkan silaturrahim di antara warga kariah Taman Desa Keramat. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan di tahun-tahun yang bakal mendatang. InsyaAllah.

Wednesday 20 July 2011

Liga Sosial Gen-S Ampang Jaya 2011 Melabuh Tirai

Liga Sosial Gen-S Ampang Jaya 2011 adalah anjuran bersama antara Pebt Zon 6 dan Kelab Belia TDK. Bermula dari 04 Jun 2011 dan berakhir pada 16 Julai 2011. Sebanyak 8 Pasukan mengambil bahagian iaitu Myxs FC, KSK Gombak Utara, Kelab Belia TDK, Oasis FC, Young Catalan FC, St. John, UTFC dan Alif Alroja. Perlawanan akhir di antara Myxs FC dan KSK Gombak Utara berlangsung di Padang UKRC, Ampang dengan keputusan Myxs FC 3 KSK Gombak Utara 0. Berikut adalah senarai pemenang :-


Juara - Myxs FC
Naib Juara - KSK Gombak Utara
Ketiga - Kelab Belia TDK
Keempat - Oasis FC
Kelima - Young Catalan FC
Hadiah Kasut Emas - Sdr. Roswady bin Mat Nasir (Bohe) - Kelab Belia TDK - 11 Jaringan


Cek dan medal pemenang

Perlawanan final Liga Sosial berakhir di Padang UKRC, Ampang
Pasukan Myxs FC vs KSK Gombak Utara
Myxs FC menang 3-0


Urwah Saari, wakil Pebt Zon 6 memberi ucapan selepas perlawanan final.


Ucapan penutup oleh Pengerusi Kelab Belia TDK, Sdr. Khairul Azmi. 
Ucapan Sdr. Khairul Azmi menekankan.....

"Program aktiviti sukan yang diadakan ini dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti. Di samping ia mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik. Sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Yang lebih penting lagi ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara semua pegawai dan para pemain yang menyertai acara sukan ini."


Pemenang Kasut Emas - Roswady (Bohe) - 11 Jaringan

Tempat Ke-3 - Kelab Belia TDK


Tempat ke-2 - KSK Gombak Utara

Johan Liga Sosial Gen-S Pebt Ampang Jaya 2011 - Myxs FC
Gambar kenangan urusetia bersama KSK GOmbak Utara
Gambar kenangan urusetia, Pebt Zon 6 dan Kelab Belia TDK

Gambar kenangan Myxs FC bersama KSK Gombak Utara. 
Aktiviti kesukanan ini pasti memupuk nilai positif kepada belia 
disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama masyarakat.

Monday 18 July 2011

Semi Final Only!!!! Pertandingan Paintball Piala Ketua Pemuda Gombak 2011

Pertandingan Paintball Piala Ketua Pemuda Gombak telah diadakan di Melawati pada 17 Julai 2011. Kelab Belia TDK telah menghantar sebanyak 7 team iaitu seramai 35orang namun gagal untuk mara ke peringkat final. KBTDK hanya berjaya membawa hadiah tempat ketiga dan keempat iaitu medal, hamper dan hadiah wang bernilai RM300.00. 


tekun peserta mendengar sesi taklimat oleh marshal

 team Predator...konon la Predator...


team Terminotor - 3rd Runner Up

team Invisible - 2nd Runner Up

KBTDK tidak berjaya membawa pulang pingat emas...namun kejayaan sebenar KBTDK hari ini adalah perhimpunan hampir kesemua belia Taman Desa Keramat. Semoga berterusan.

Sunday 17 July 2011

Karnival Kejiranan Desa Keramat Program 9 Dalam 1

Taman Desa Keramat, 12 Jun - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan Kerjasama Surau Nurul Ehsan dan Kelab Belia TDK telah menganjurkan Program Kejiranan Taman Desa Keramat AU2C dengan menganjurkan program 9 dalam 1.



YB Saari Sungib selaku DUN Hulu Kelang menyampaikan ucapan dengan menghargai semua yang terlibat terutama golongan pemuda dan Kelab Belia TDK yang memberi kerjasama yang baik antara belia dan Surau Nurul Ehsan dalam menjayakan majlis dan seterusnya merasmikan majlis.

Program 1: Gotong-royong Kaum Ibu Memasak



Program 2: Memecah Tanah Padang Futsal


Program 3: Menanam 80 Batang Anak Pokok di Padang Permainan


Program 4: Menambah Buaian dan Alat Permainan Kanak-kanak


Program 5: Kempen Kebersihan - Program Kitar Semula


Program 6: Kempen Kebersihan - Pertandingan Kitar Semula Sisa Minyak Masak 


Program 7: Memotong Pokok Tumbang ke Dalam Longkang


Program 8: Ziarah dan Menyampaikan Bantuan kepada Ibu Tunggal 


Program 9: Ziarah Warga Emas dan Orang Sakit


YB Saari Sungib menyampaikan hadiah kepada Pemenang No. 1 Kempen Kebersihan Alam Flora dimenangi oleh Ahmad Darwish Iman dengan berat timbangan 97.5kg bernilai RM19.50.