Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Saya mewakili Kelab Belia TDK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf sekiranya selama penglibatan KBTDK dalam memberi khidmat pada masyarkat ada berlaku kesilapan atau terasa hati. Semoga kebaikan Ramadhan yang lepas amalan yang dibuat diterima Allah S.W.T dan semoga kita bertemu kembali Ramadhan yang akan datang. Maaf Zahir Dan Batin dari kami KBTDK.

Thursday 17 July 2014

Program Mencari Malam Al-Qadar 2014

Semua dijemput hadir ke program ini bagi mengimarahkan dan mengiratkan silaturrahim sesama penduduk Taman Desa Keramat dan berharap program ini dapat keredhaan Allah S.W.T. Berikut adalah tentatif program :-


Tarikh               :           19 Julai 2014 (Sabtu) – 20 Julai 2014 (Ahad)
Masa                 :           6:00 petang
Tempat             :           Surau Nurul Ehsan, Jalan Au2c/6
                                       Taman Desa Keramat, Ampang Hulu Kelang

TARIKH
MASA
PERKARA/AKTIVITI
19 Julai 2014 (Sabtu)
6:00ptg
Ahli kariah berkumpul di Surau
6:15ptg
Tazkirah Khas Ramadhan
(Penceramah Jemputan : Ustaz Ahmad Buhori)
7:30mlm
- Iftar Jamaei (Kecil)
- Solat Maghrib
- Jamuan Makan
8.30mlm
- Solat Isya’
- Solat Sunat Tarawih
- Tazkirah Ramadhan Khas (YB Saari Sungib)
- Moreh
- Tadarus Al-Quran
20 Julai 2014 (Ahad)
12:00mlm
Iktikaf
3.00pg – 5.00pg
Qiyamullail
(Imam: Ustaz Ahmad bin Shadan Al-Hadrami)
5.00pg – 5.40pg
Sahur Berjemaah SNE
6.00pg – 7.30pg
Solat Subuh & Kuliah Subuh
(Ustaz Ahmad bin Shadan Al-Hadrami)

























Adalah dimaklumkan program ini ditaja khas sepenuhnya dari sumbangan orang ramai. Oleh yang demikian,  kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan derma bagi program ini, boleh berhubung dengan Sdra. Khairul Azmi, Imam Surau . Sekiranya pihak tuan/puan ingin memberi sumbangan melalui online atau cek, boleh disalurkan ke akaun berikut :-

Nama Bank                 :           Public Islamic Bank
Nama Akaun               :           Kelab Belia TDK
No. Akaun                   :           3988046733
           


5.         Kepada sesiapa yang ingin membawa juadah makanan pada waktu berbuka dan sahur untuk dikongsikan bersama, adalah amat dialu-alukan.  Semoga sumbangan tuan/puan di akhir- saki baki bulan Ramadhan ini diterima Allah S.W.T dan menjadi saham yang berkekalan di akhirat kelak dan menjadi asbab terhalang dari azab Allah S.W.T. InsyaAllah.