Tuesday 31 January 2012

Tahniah!!! SNE Juara Liga Futsal Rakyat U30 Masjid dan Surau Hulu Kelang

Syukur Alhamdulillah, Surau Nurul Ehsan (SNE) akhirnya membawa balik kemenangan Johan dalam Liga Futsal Rakyat U30 Masjid dan Surau Hulu Kelang anjuran DUN Hulu Kelang. Perlawanan bagi 16 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati telah diadakan di Gelanggang Futsal Au4. SNE akhirnya berjaya ke peringkat akhir menentang pasukan Masjid Al-Khairiah. Keputusan akhir, SNE menang 3-1.


Najib, Pengurus Pasukan menerima hamper dari YB Saari 

Monday 23 January 2012

"Mission & Ambition" Ceramah Perdana oleh Imam Muda 2010, Ustaz Azhar....

Jemaah khusyuk mendengar tazkirah oleh Ustaz Azhar

Alhamdulillah, sekali lagi Ustaz Azhar menjejakkan kaki di Surau Nurul Ehsan untuk santapan kerohanian para jemaah kariah Taman Desa Keramat. Kali pertama beliau hadir ke Surau Nurul Ehsan dalam program Smart Solat anjuran DUN Hulu Kelang . 

Bersesuaian dengan kehadiran tahun baru 2012, tazkirah beliau menekankan definisi "Mission & Ambition" yang harus ada pada seorang muslim mestilah selari dengan Islam. 


Sunday 22 January 2012

Mesyuarat Persediaan Maulidur Rasul 1433H/2012M

Kenangan Sambutan Maulid Nabi 1432H/2011M

Diharap member-member Kelab Belia TDK lebih cepat membuat persediaan bagi sambutan Maulid Nabi pada 05/02/2012(Ahad) - 2 minggu lagi.

Sunday 15 January 2012

TDK FC berjumpa Belia Ikram...Sengit 2-2...

Belia Ikram & KBTDK.
gambar : Zul Zainal

15 Jan, Gombak - Perlawanan persahabatan telah diadakan di antara Kelab Belia TDK dan Belia Ikram di Padang Kem Batu Muda, Gombak. Perlawanan didahului oleh KBTDK 2-0 pada babak pertama namun Belia Ikram telah menyamakan kedudukan pada masa yang ke-2. Cubaan kapten Belia Ikram, Urwah Saari untuk menang dengan cara mudah, beliau cuba mendapatkan tendangan penalti dengan menjatuhkan diri dalam kotak penalti pihak lawan namun diabaikan oleh pengadil perlawanan. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2 berbalas 2. Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi kerjasama antara Kelab Belia TDK dan Belia Ikram dalam apa jua aktiviti sosial yang akan ditempuhi sepanjang tahun 2012.

Tarikh perlawanan : 15 Jan 2012
Tempat : Padang Batu Muda, Sentul
Keputusan : Tdk Fc 2-2 belia Ikram
Penjaring : Zaid - 1, Hisham - 1
Man of the Match - Zaid

Monday 2 January 2012

Piala PeBT MPAJ 9's - TDK FC Membawa Balik Tempat Kedua...

Melawati, 1 Januari 2012 - Kelab Belia TDK (TDK FC) telah menyertai pertandingan bola sepak 9′s Piala PeBT MPAJ yang telah diadakan di padang bola sepak Taman Melawati.

YB Saari Sungib bersama Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyaksikan perlawanan dari suku akhir hingga ke perlawanan akhir

Lineup TDK FC - 1st Nine
Najib - Hafiez - Nashriq - Fadhli - Haziq - Zohari - Fakhrurazi - Zaid - Nazri

Salah satu aksi menarik semasa perlawanan separuh akhir

TDK FC mara ke pusingan akhir bertemu pasukan Putra United

YB Saari menyampaikan piala pusingan kepada johan Pertandingan Bola Sepak 9's Piala PeBT MPAJ dari pasukan Putra United

Peserta Liga bergambar kenangan bersama YB Saari sebelum berpisah