Monday 26 September 2011

Majlis Jamuan Aidilfitri dan Perasmian Gelanggang Futsal Taman Desa Keramat

Taman Desa Keramat, 25 September 2011 - Kelab Belia TDK telah dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan telah mengadakan satu Majlis Jamuan Aidilfitri Taman Desa Keramat dan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Kelab Belia TDK.


Pengerusi KBTDK, Azmi sedang menyusunatur majlis

YB Saari Sungib, dijemput khas bagi merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Merasmikan Gelanggang Futsal KBTDK.
 
Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam menyampaikan ucapan aluan
YB Saari Sungib menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kelab Belia TDK dan penduduk setempat kerana telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Taman Desa Keramat
En. Rustam Mustanir memberikan Penghargaan Gambar Kenangan kepada YB Saari Sungib 

Penghargaan di atas jasa YB Saari Sungib selama memimpin Hulu Kelang

Ramai penduduk yang hadir dalam meraikan majlis Aidilfitri Taman Desa Keramat yang julung-julung kalinya diadakan.

Ustaz Ahmad Nizam Yamani Shadan hadir memberikan tazkirah dan doa selamat untuk keberkatan  sepanjang majlis
Saari menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada pertandingan yang dianjurkan 
Majlis Perasmian memotong reben oleh YB Saari Sungib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan, En. Rustam dan Pengerusi KBTDK, Azmi
YB Saari menendang bola gimik bermulanya acara perlawanan perasmian
Perlawanan pembukaan di antara TDK Kid


Permainan yang mencuit hati Kaum Ibu - Musical Chairs

Pertandingan menganyam ketupat Kaum Ibu

Permainan kanak-kanak -Cari gula-gula dalam tepung

Zaim, pengerusi acara permainan dalam majlis.

Ustaz Khalid juga turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Bacaan Doa oleh Ustaz Shahrul Nizam sebelum menjamu hidangan
 Kehadiran yang ramai memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri Taman Desa Keramat
Tokey Lemang, Ruswadi

Brother Mazlan dan Fizi bertungkus lumus menyediakan hidangan.

YB Saari dan En. Rustam...Apa yang digelakkan nya tu..?

Lontong Brother Mazlan

Rendang Daging....menyelerakan bukan??



Kemeriahan Sambutan Aidilfitri 1432H ini membawa seribu erti dalam merapatkan silaturrahim di antara warga kariah Taman Desa Keramat. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan di tahun-tahun yang bakal mendatang. InsyaAllah.