Tuesday 21 August 2012

Salam Aidilfitri dari Kelab Belia TDK


Kami dari Kelab Belia TDK ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidilfitri dan ingin memohon maaf sekiranya sepanjang penglibatan kami dalam segala program ada yang tersinggung atau berkecil hati dan sama-sama kita berdoa agar Ramadhan kita kali ini diterima Allah S.W.T.

Friday 10 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Kelab Belia TDK

Kelab Belia TDK telah menganjurkan satu program berbuka puasa pada 09 Ogos bertempat di JW Marriott. Program bertujuan mengiratkan silaturahim dan mengenali keluarga serta anak-anak dan insyallah program seperti ini akan dibuat tiap-tiap tahun dan untuk tahun 2013 diharapkan lebih ramai lagi ahli yang dapat turut serta.



Program Mencari Malam Al-Qadar 1433




Tuesday 7 August 2012

Program Anakku Hebat 2012


Kelab Belia TDK yang diwakilkan oleh En Zaim selaku pengarah program telah berjaya bergabung tenaga bersama REBUTIA dalam program Anakku Hebat siri 4 yang telah diadakan di Surau Nurul Ehsan pada 4-5 Ogos 2012. Yuran sebanyak rm50 telah dikenakan dan berkhemah satu malam di kawasan surau. Insyaallah program seperti ini akan dijadikan sebagai program tahunan sekiranya mendapat sambutan yang mengalakkan seperti tahun 2012. 

Berikut adalah laporan program : Ahli KBTDK : 5 org
                                                  Ahli REBUTIA : 6 org fesi
                                                  Peserta : 47 org - 15 perempuan & 32 lelaki