Thursday 17 April 2014

LAPORAN PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN KELAB BELIA TDK DENGAN KERJASAMA SURAU NURUL EHSAN DAN SPIES D’VILLAGE








Pengenalan


Kelab Belia TDK telah menganjurkan kursus jenazah pada 20 Mei 2012. Sambutan yang menggalakkan seramai 60 orang yang hadir dalam kursus tersebut. Pihak KBTDK masih menerima panggilan dan permintaan dari orang awam berkaitan kursus tersebut. Dengan kerjasama dari SPIES D’Village, kursus pengurusan jenazah ini dapat dianjurkan lagi sekali.

Objektif Program

  • Memahami konsep pengurusan jenazah secara teori dan praktikal
  • Mengubah pemikiran orang ramai mengenai pengurusan jenazah hanya layak diuruskan jawatankuasa surau dan masjid sahaja.
  • Penghayatan kepada orang ramai kepentingan menguruskan jenazah di kalangan keluarga sendiri.
  • Penerangan dan pemahaman dari sudut permasalahan fardhu, bid’ah dan adat orang melayu.



Pelaksanaan Program

01 Mac 2014 - Perbincangan di antara wakil Pebt Zon 3 MPAJ, Sdra Ilham Zainuddin, wakil SPIES D’Village; Hj. Azlan Maddin dan wakil Kelab Belia TDK, Sdra Khairul Azmi dan Mohammad Sahlan.

09 Mac 2014 - Mesyuarat dalaman jawatankuasa KBTDK.

17 Mac 2014/ 28 Mac 2014 - Wang peruntukan diterima untuk perbelanjaan mengurus program dari Sdra Ilham.

20 Mac 2014 - Promosi dijalankan dengan pemasangan banner, di tiga tempat iaitu di Surau Al-Islah, Pusat Khidmat Masyarakat Au2 dan Taman Desa Keramat. Kursus juga diiklankan di Facebook page kelab Belia TDK, dan blogspot Kelab Belia TDK.

21 Mac 2014 / 28 Mac 2014 - Edaran flyers di masjid-masjid sebelum solat Jumaat iaitu:-

i. Masjid Muadz bin Jabbal, Setiawangsa, 
ii. Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, 
iii. Surau Al-Islah, Au2a Seri Keramat, 
iv. Masjid Al-Khairiah, Au3, 
v. Masjid Al-Ridhuan, Ulu Kelang, 
vi. Masjid As-Sobirin, Au5 Lembah Keramat
vii. Surau Jalan Permata 4

Pendaftaran peserta dibuat melalui SMS oleh orang awam yang berminat dengan menaip nama penuh, no. IC dan dituliskan “ Kursus Pengurusan Jenazah”. Penyertaan ditutup pada 28 Mac 2014 di mana pendaftaran telah mencapai 90 peserta. 10 tempat direzabkan kepada peserta yang hadir secara walk-in. 

30 Mac 2014 - Program berjalan seperti dinyatakan dalam tentatif program. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh YB Saari Sungib. 

Info Program 
Program : Kursus Pengurusan Jenazah 
Anjuran : Kelab Belia TDK, Surau Nurul Ehsan dan SPIES D’Village 
Tempat : Surau Nurul Ehsan, Jalan Au2c/6, Taman Desa Keramat, Ampang Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur. 
Tarikh : 30 Mac 2014 (Ahad) 
Masa : 8:30 pagi – 2:00 petang 
Tentatif : 
- Sesi pendaftaran dan sarapan, 
- Sesi perasmian 
- Sesi teori dan praktikal
- Penutup dan penyampaian sijil 

- Solat Zuhur
- Jamuan makan tengahari 


Kapasiti : 100 peserta 

AJK Program

Penaung : Hj. Azlan Bin Maddin 
(Spies D’Village)

Penasihat : Ilham Bin Zainuddin
(Wakil PeBT MPAJ)

Pengerusi : Muhd. Khairul Azmi Mohd Salleh
(Kelab Belia TDK)

Timbalan Pengerusi : Mohd Nazri B. Mohd Shah Alias
(Kelab Belia TDK)

Setiausaha : Mohammad Sahlan Bin Salehuddin
(Kelab Belia TDK)

Bendahari : Mohd Nizam Mohd Shah Alias
(Kelab Belia TDK)

Ajk Urusetia :
1. Yusri Sulaiman
2. Saiful Rizal Bin Zainuddin

3. Hema Malini binti Ariffin 

Ajk Fotografi
1. Ammar Bin Tajul
2. Abdullah Adib Aiman bin Rosli 


Ajk Pendaftaran
1. Azzahir Bin Shadan
2. Mohd Zohari Bin Mat Nasir

Ajk Cenderamata Dan Sijil
1. Mohd Nizwan B. Mohd Shah Alias
2. Ahmad Nashriq Ahmad Salleh

Ajk PA System
1. Muhamad Hafiez B. Mohamed Marop
2. Mohd Khairul Azry Bin Mohd Salleh

Ajk Makanan Dan Minuman
1. Mohammad Najib Bin Salehuddin
2. Ahmad Affendy B. Mohd Ramli

Pengacara Majlis
1. Mohd Zaim Bin Mohd Reduan

2. Azhar Bin Hamzah

Ajk Modul / Bahan Kursus
1. Mohammad Aiman B. Mohd Nazar
2. Ahmad Fadzly Bin Ahmad Bahrin
3. Salman Fadhli Bin Sulaiman


Penutup


Keseluruhannya, kursus ini telah dijalankan dengan jayanya. Penyertaan mencapai 100 peserta.
Namun, dari pemerhatian KBTDK, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat penambahbaikan:-

1. Sesi praktikal, fasilitator membuat demo di tengah dan diperhatikan oleh semua peserta. Kesemua peserta tidak dapat mempraktikkan cara menguruskan jenazah tersebut. 

Penambahbaikan; peserta dibahagikan kepada kumpulan dan setiap peserta dapat mempraktikkan cara menguruskan jenazah tersebut. Penambahan kos peralatan, set kapan dan masa kursus perlu dianjakkan sekurang-kurangnya sehingga jam 3:00petang.

2. Penyertaan bagi kursus ini adalah percuma.

Penambahbaikan; Yuran penyertaan perlu diletakkan sebagai syarat wang kesungguhan kerana ada peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir.






































Sunday 6 April 2014

Friendly Match : TDK fc (5) vs Bendahara fc (1)

Tarikh  :  06 April 2014
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Pdg Komuniti Koperasi Polis Sentul
Keputusan : Menang 5-1

Line up : Sham, Uje, Amy, Nas, Bojai, Moq, Ewan, Abe, Zahin, Joe & Zafran

Sub : Achique & York

Penjaring : Zahin, Joe (2), Abe & York

Assist  :  Moq, Ewan, Zahin & Zafran

Man of the match : Joe