Saturday 30 March 2013

Laporan Mesyuarat Agung Kelab Belia TDK 2013

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izinNya, Kelab Belia TDK akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung bagi tahun 2013 pada 24 Mac 2013 di Surau Nurul Ehsan. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan perlantikan AJK baru telah dibuat bagi merombak semula AJK di dalam kelab. Semoga dengan pelantikan baru ini akan memantapkan lagi struktur organisasi Kelab Belia TDK. InsyaAllah.


AJK sedang bersidang.

Thursday 21 March 2013

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG BIL.1/2013 KELAB BELIA TDK

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh / Hari : 24 Mei 2013 / Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Ruang mesyuarat, Surau Nurul Ehsan

Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi dan makluman tujuan mesyuarat diadakan.
2. Pembentangan laporan perjalanan KBTDK dalam tempoh sebelum.
3. Menerima dan meluluskan laporan kewangan semasa Bendahari KBTDK dan penyata kewangan yang telah diaudit.
4. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Kerohanian.
5. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Sukan.
6. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Rekreasi.
7. Pembubaran AJK KBTDK sesi 2010-2012 dan perlantikan Pengerusi Sementara.
8. Sesi perlantikan AJK KBTDK bagi sesi 2013-2015.
9. Ucapan dan pembentangan perancangan awal tentang perjalanan masa hadapan KBTDK oleh Pengerusi AJK KBTDK 2013-2015.
10. Perkara-perkara berbangkit.
Hal-hal lain.

Oleh itu, pihak tuan adalah dijemput hadir bagi memastikan perjalanan pertubuhan belia kita berjalan dengan lancar dan teratur. 


Idea-idea yang bernas dan membina amatlah diperlukan dalam usaha memantapkan lagi perancangan aktiviti-aktiviti pertubuhan untuk masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Thursday 7 March 2013

Mesyuarat Agong Surau Nurul Ehsan dan Perlantikan Jawatankuasa Baru 2013 hingga 2016


Dengan sukacitanya saya ingin menarik perhatian tuan/puan seluruh kariah Taman Desa Keramat kepada perkara di atas.

Dimaklumkan Surau Nurul Ehsan akan mengadakan mesyuarat tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

         Tarikh       :           17 Mac 2013 (Ahad).

         Masa         :            9:00 pagi - Pendaftaran dan sarapan

                                       10:00 pagi - Mesyuarat Agung dijalankan

         Tempat     :           Surau Nurul Ehsan

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-
1.         Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2.         Bacaan doa
3.         Ucapan Pengerusi Surau
4.         Ucapan dan Perasmian oleh wakil dari Masjid Al-Ansar
5.         Pembentangan Aktiviti – Pengerusi
6.         Pembentangan Laporan Kewangan – Bendahari
7.         Pembubaran Jawatankuasa Surau
8.         Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
9.         Pelantikan Jawatankuasa Surau/Penduduk yang baru :-
                                                9.1.            Pengerusi
                                                9.2.            Setiausaha
                                                9.3.            Bendahari
                                                9.4.            Perlantikan Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira
10.        Hal-hal lain
11.        Ucapan 

Adalah diharap kehadiran dan penglibatan ahli kariah sekalian dalam mesyuarat ini bagi memastikan aktiviti surau kita dapat dijalankan dengan lebih baik dalam suasana harmoni dan diberkati, InsyaAllah.


Sekian, terima kasih.


Sunday 3 March 2013

Futsal Jemputan 5 Pasukan Anjuran Pemuda PAS Gombak

03 Mac 2013 bertempat di Sport Planet Ampang. TDK fc telah dijemput untuk menyertai mini tournament futsal dan berjaya menduduki tempat ke 2 yang diadakan secara liga. Berikut adalah senarai pemain TDK fc :- Aish, Aji, Enash, Haziq, Adli, Alan, Mujahid, Ewan, Bohe dan Nazri. Tahniah buat pasukan TDK fc.

Gambar Kenangan