Sunday 29 December 2013

Friendly Match : TDK fc (1) vs KSK Gombak fc (4)

Tarikh  :  29 Disember 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Sekolah Asrama Integriti Gombak
Keputusan : Kalah 1-4

Line up : Andy, Uje, Moq, Ucu, Bojai, Zahin, Haziq, Abas, Joe, Abe & York

Sub : Amy, Ewan, Acha, Achique, Zafran & En Md Noor

Penjaring : Uje

Asist : Abe

Man of the match : Moq

Tuesday 24 December 2013

Friendly Match : TDK fc (4) vs Selayang Veteren (2)

Tarikh  :  22 Disember 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : FRIM
Keputusan : Menang 4-2

Line up : Andy, Nas, Amy, Ikhwan, Achique, Bohe, Ewan, Apek, Joe, Anuar & York

Sub : -

Penjaring : Anuar(2), Ikhwan dan Bohe

Asist : Ewan (2), Apek dan Bohe

Man of the match : Bohe

Sunday 8 December 2013

Friendly Match : TDK fc (6) vs Staff Kem Kentomen (0)

Tarikh   :  08 Disember 2013
Masa    : 5.00 ptg
Tempat : Kem Kontemen Jln Ipoh
Keputusan : Menang 6-0

Line up : Achique, Amy, Moq, Nas, Bojai, Abas, Ewan, Bohe, Joe, Haziq & York

Sub : Abe, Acha & Napi

Penjaring : York, Bohe (3), Joe & Ewan

Asist : Bohe, Ewan (2), Abas & York

Man of the match : Bohe

Laporan Karnival Bowling KBTDK

Alhamdulillah karnival bowling berjaya dilakukan dengan meriah dan jayanya di Flamengo Bowl Ampang. Team SNR telah berjaya monopoli keseluruhan hadiah dan 30 orang telah menyertai pertandingan ini. KBTDK mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyertai karnival bowling ini. Tahniah buat semua pemenang. Terima kasih khas buat sponsor karnival iaitu Syarikat Baby 'N' Us yang telah sudi menaja hadiah hamper kepada pemenang. Berikut adalah gambar pemenang dan gambar sepanjang pertandingan :-

Gambar Kenangan

Peserta dan Keluarga yang hadir.

En Azmi lontaran pertama gimik perasmian.

En Azmi membuat lontaran.

En Faizal Juara Kategori Lelaki

En Nizam Naib Juara

En Andy ke-3

En Khairul Azry ke-4

En Zohari ke-5

Pn Siti Sapiah Juara Kategori Wanita

Pn Nurul Hidayah Naib Juara 

Pn Zufaziah ke-3

Suasana ketika pertandingan

En Salleh dan isteri 'otai' KBTDK yang turut serta.

Senarai penuh kiraan mata pemain


Sunday 1 December 2013

Friendly Match : TDK fc (6) vs JAKOY fc (0)

Tarikh   :  01 Disember 2013
Masa    :  5.00 ptg
Tempat :  FRIM
Keputusan : Menang 6-0

Line up : Haziq, Uje, Moq, Bojai, Otai. Abas, Bohe, Joe, Haziq, Tarkif & York

Sub : Achique, Acha & Hisham

Penjaring : Tarkif, York, Joe, Haziq, Hisham & Abas

Asist : Otai, Haziq, York, Hisham dan Abas

Man of the match : Haziq

Wednesday 27 November 2013

Alhamdulillah, Naib SU KBTDK semakin sihat.

Terima kasih Ya Allah..hanya itu ungkapan yang tepat bagi mengambarkan kesyukuran melihat kesihatan yang bertambah baik ketika suatu masa melihat Zaim berada di ICU dalam keadaan kritikal dan tiada harapan. Ketika lawatan ke rumah Pak Wan menyambut ke pulangan Zaim setelah hampir 3 minggu berada di hospital . KBTDK juga ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Zaim ketika beliau dalam kesusahan. Alhamdulillah!!!

Monday 18 November 2013

Laporan Karnival Memancing

Alhamdulillah selesai sudah game pertama karnival memancing yang telah dilangsungkan di Kolam Bayu Semenyih pada pukul 10.30 pagi bermula dan tamat pada 2.45 ptg. Pasukan SNR terdiri daripada Ejump, York, Joe, Hadli, Moq, Achique, Merry dan Komeng. Manakala pasukan JNR pula oleh Abas, Bohe, Acha, Ogy, Fizi, Mamat, Aan dan Aman. Tahniah buat semua pemenang dan terima kasih pada semua yang telah menjayakan program ini. Berikut adalah senarai pemenang dan gambar kenangan : -

1. Abas - Ikan patin seberat 2.650kg
2. York - Ikan patin seberat 2.590kg
3. Moq  - Ikan talapia besar
4. Bohe - Ikan talapia kecik
5. Acha - Ikan talapia kecik

Gambar Kenangan 

 Patin seberat 2.650

 Para Pemenang


Abas Juara

York ke-2

 Moq ke-3

Saturday 16 November 2013

Gelanggang Silat Kuntau Tekpi Taman Desa Keramat Dirasmikan.

Alhamdulilah gelanggang Silat berjaya disiapkan dan dirasmikan oleh YB Saari Sungib dan dihadiri hampir 150 orang. Tahniah buat Abang Azhar yang merupakan individu yang kuat dalam menjayakan program tersebut. Kepada sesiapa ingin menjadi ahli silat boleh berjumpa terus Abg Azhar. Berikut adalah gambar sepanjang program tersebut : -

Gambar Kenangan

 YB Saari memberi ucapan


 Ucapan pengenalan dan terima kasih dari wakil PSSKTM.
(Sebelah kanan Abg Azhar)


 Gimik mengetuk gong tanda perasmian.


Gelanggang Silat PSSKTM
Taman Desa Keramat.

Wednesday 6 November 2013

Karnival Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke -3 KBTDK. (Nov 2013 - Feb 2014)

KBTDK akan menganjurkan Karival yang melibatkan 6 permainan yang berformatkan SNR vs JNR. Tujuan untuk meraikan AJK dan ahli KBTDK yang telah banyak berjasa dan bertungkus lumus bagi meneruskan KBTDK sehingga ke hari ini. Harap semua peserta yang berminat boleh beri nama secepat mungkin berserta bayaran yuran pertandingan. Berikut adalah syarat-syarat dan terma pertandingan :-

1. SNR umur 31 tahun ke atas dan JNR umur 30 tahun ke bawah.

2. Semua Ahli, Keluarga dan Penduduk Taman Desa Keramat dialu-alukan untuk menjayakan karnival ini.

3. Pengurus SNR - En Nizam (Ejump) - 012 6584034 dan En Nazri (York) - 012 6878142.

4. Pengurus JNR - En Najib (Abas) - 012 2426996 dan En Nizwan (Ewan) - 012 622 4541.

5. Setiap ahli boleh hubungi pengurus masing-masing untuk mewakili permainan tersebut.

6. Setiap pemenang akan memberi markah pada pasukan masing-masing. Pemenang keseluruhan akan
diumumkan pada 09 Februari 2014.

7. Melibatkan 6 permainan iaitu Memancing, Bowling, Futsal, Call of duty, Badminton dan Bolasepak.


MEMANCING.(Yuran RM30.00)
  • Setiap pasukan diwakili 10-15 org.
  • Pemenang akan dikira mengikut berat atau size ikan yg besar.
  • Yuran rm30 akan dikenakan untuk tujuan bayaran 1 joran.
  • Pemenang hanya tempat pertama hingga ke tiga sahaja.
  • Hadiah Juara rm70, Naib juara rm50 dan ke tiga rm30.
  • Tempat di kolam Bayu Semenyih
  • Tarikh 17 November 2013
  • Masa 9 pagi hingga 12 tengahari.
  • Penyampaian hadiah En Azmi Pengerusi KBTDK.

BOWLING.(Yuran RM25.00)
  • Diwakili 20 atau 30 orang setiap pasukan.
  • Yuran rm25 akan dikenakan untuk 3 game.
  • Tempat Flamengo Ampang.
  • Tarikh 08 Disember 2013.
  • Bermula 10 pagi hingga 1 tghr.
  • Pemenang hanya tempat pertama hingga ke tiga sahaja. Pemenang dikira mengikut markah individu keseluruhan terbanyak.
  • Hadiah Juara rm70, Naib juara rm50 dan ke tiga rm30.
  • Penyampaian hadiah En Azmi Pengerusi KBTDK.

CALL OF DUTY.(Yuran RM10.00)
  • Diwakili 15 orang setiap pasukan.
  • Yuran rm10 seorang.
  • Tempat TBUN Seksyen 2 Wangsa Maju.
  • Tarikh 22 Disember 2013
  • Masa 11 pagi.
  • Pemenang hanya tempat pertama hingga ke tiga sahaja.
  • Hadiah hamper.
  • Penyampaian hadiah En Azmi Pengerusi KBTDK

BADMINTON. (Yuran RM10.00)
  • Diwakili 10 org setiap pasukan.
  •  Melibatkan 5 beregu. Tiada permainan ‘Single’.
  • Yuran rm10 seorang untuk sewa court.
  • Tarikh 10 Januari 2014.
  • Tempat Dewan serbaguna Wangsa Maju.
  • Masa 10 malam.
  • Hadiah hamper.
  • Penyampaian hadiah En Azmi Pengerusi KBTDK

FUTSAL.(Yuran RM5.00)
  • Diwakili 20 orang setiap pasukan.
  • Pecahan 3 pasukan dan 5 pemain simpanan.
  • Yuran rm5 seorang.
  • Tempat di court futsal KBTDK.
  • Tarikh 26 Januari 2014
  • Masa 3 ptg
  • Format liga.
  • Pemenang hanya tempat pertama hingga ke tiga sahaja.
  • Hadiah hamper. 
  • Penyampaian hadiah En Azmi Pengerusi KBTDK

BOLASEPAK.(Yuran RM10.00)
  • Diwakili 18-20 org setiap pasukan.
  • Yuran rm10 untuk kos padang dan referee.
  • Tempat UKRC Ampang.
  • Masa 3 ptg.
  • Tarikh 09 Februari 2014.
  • Jemputan tetamu terhormat YB Saari untuk tujuan perasmian ulang tahun ke 3, penyerahan jersey baru, bergambar satu pasukan KBTDK dan penyampaian hadiah pemenang bolasepak dan mengisytiharkan juara keseluruhan Karnival.
  • Hadiah Trophy Pusingan SNR vs JNR sedia ada.

Saturday 26 October 2013

Friendly Match : TDK fc (6) vs 91 DPO (2)

Tarikh : 26 Oktober 2013
Masa  : 5.00 ptg
Tempat : Kem Kontemen
Keputusan : Menang 6-2

Line up : Apek, Uje, Amy, Moq, Haziq, Nas, Ewan, Bohe, Abe, Ikhwan & Anuar

Sub : Acha & Achique

Penjaring : Anuar (4), Ewan dan Haziq

Asist : Ikhwan (4), Moq dan Ewan

Man of the match : Haziq

Sunday 20 October 2013

Friendly Match : TDK fc (2) vs Fan Inter Milan fc (2)

Tarikh  :  20 Oktober 2013
Masa   :  4.00 ptg
Tempat : Pdg Batu Caves
Keputusan : Seri 2-2

Line up : Shah, Amy, Haziq, Ucu, Bojai, Abas, Ewan, Joe, Bohe, Acha dan York

Sub : Achique, Nas, Andy & Moq

Penjaring : Haziq & Ewan

Asist : Achique & Moq

Kad Kuning : Bohe & Ucu

Man of the match : Ewan

Saturday 12 October 2013

Friendly Match - TDK fc (3) - Selayang fc (1)

Tarikh    : 12 Oktober 2013
Masa     :  5.00 ptg
Tempat  :  Pdg Batu Caves
Keputusan : Menang 3-1

Line up : Shah, Amy, Haziq, Bojai, Otai, Zahin, Acha, Ewan, Joe, Abe & York

Sub : Moq, Achique, Anuar & Zafran

Penjaring : Anuar 1 (PK), Ewan (FK) & Anuar 1.

Assist : Ewan, York & Zahin

Man of the match : Haziq

Wednesday 9 October 2013

Tempat Meletak Kenderaan Medan Selera Keramat AU2C Dinaik Taraf

Alhamdulillah. Hasil dari perbincangan dan cadangan pada perjumpaan secara santai ketika menyelesaikan isu masalah Pak Nan, akhirnya dengan izin Allah, cadangan yang dikemukakan KBTDK untuk menyelesaikan masalah parking telah diambil tindakan dengan usaha YB Saari Sungib dan kerjasama MPAJ, masalah yang selama ini mengganggu penduduk Taman Desa Keramat dapat diselesaikan. KBTDK ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada YB Saari Sungib atas keperihatinan yang diberikan.




Tuesday 8 October 2013

Program Hari Raya Aidil Adha 2013

15hb Oktober 2013 bertempat di Surau Nurul Ehsan program sambutan Hari Raya Aidil Adha akan bermula seawal pukul 8.00pagi. Laungan Takbir dan Sembahyang Raya Aidil Adha pada pukul 8.30 pagi diikuti dengan Insyaallah penyembelihan 9 ekor lembu yg dijangka bermula pada pukul 10.00 pagi. Proses memotong, melapah, membahagi, memasak, pembersihan dan sebagainya antara aktiviti yang akan dibuat sehingga pukul 3.00 ptg. Semua penduduk Taman Desa Keramat dijemput bagi memeriahkan dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk. Sama-sama kita doakan agar Allah menerima korban yang dilakukan dan mempermudahkan segala urusan pada hari itu.

Untuk tempahan baju khas Hari Raya Aidil Adha 2013 boleh hubungi En Najib ditalian 012-2426996.
Berikut adalah harga baju :-

a. Baju Muslimah - RM28.00
b. Baju lelaki Berkolar - RM28.00
c. Baju lelaki round neck - RM24.00

Contoh kain ada pada En Najib dan size paling besar hanya sehingga 3XL.

Sunday 6 October 2013

Friendly Match : TDK fc (0) vs Fan Inter Milan fc (1)

Tarikh   : 06 Oktober 2013
Masa    : 4.00 ptg
Tempat : FRIM
Keputusan : Kalah 0-1

Line up  : Khidir, Moq, Amy, Ucu, Haziq, Ewan, Zafran, Joe, Zahin, Arin & York

Sub : Achique, Acha & Hisham

Man of the match : Ewan

Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Raya Qurban IdulAdha 1434H / 2013

6 Okt, Surau Nurul Ehsan - Alhamdulillah, program gotong royong yang dirancang melalui Mesyuarat Persediaan Sambutan Hari Raya Qurban IdulAdha 1434H / 2013 telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program tersebut.




Kerja menanam pencacak tempat ikat lembu untuk qurban.


Menggali lubang untuk sisa buangan.



Kaum Ibu sedang mengemas dan menukar langsir yang baru.

Sunday 22 September 2013

Friendly Match - TDK fc (4) vs Selayang Utama fc (0)

Tarikh  :  22 September 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Kraftangan Rawang
Keputusan : Menang 4-0

Line up : Khidir, Amy, Haziq, Achique, Bojai, Bohe, Ewan, Joe, Arin, Anuar dan York

Sub : Hisham, Acha, Abe, Moq, Uje, Aizat, Abas dan Adli

Penjaring : Ewan (FK), Abe, Bohe (PK) dan Hisham

Asist : York, Abas, Aizat dan Anuar

Man of the match : Khidir

Thursday 12 September 2013

Mesyuarat Sambutan Aidiladha dan Ibadah Qurban 1434H

Dijemput semua ahli kariah Taman Desa Keramat untuk hadir ke mesyuarat di atas pada 12 September 2013 selepas solat Isyak di Surau Nurul Ehsan.

Kehadiran dan kerjasama ahli kariah didahului ucapan terima kasih.

Tuesday 10 September 2013

Sumbangan kepada Sdra. Rafiq (As), Mangsa Kebakaran Cheras, Batu 9



10 September - Kelab telah mengadakan kutipan derma dalam usaha membantu salah seorang rakan kelab, Mohd Rafiq Samsudin atau lebih dikenali dengan nama As yang kediamannya musnah dalam kebakaran di Cheras, Batu 9 baru-baru ini. Sumbangan yang terkumpul telah disampaikan kepada Sdra. Rafiq hari ini.

Seluruh warga Kelab bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rafiq sekeluarga.

“Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga tetap tabah dengan ujian yang mendatang ini lebih-lebih lagi musibah yang menimpa beliau berlaku dalam Bulan Syawal.
Semoga dengan sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Sdra Rafiq.

Rafiq merupakan seorang warga Taman Desa Keramat yang dulunya tinggal di lorong 4 dan telah berhijrah ke Seremban dan menetap di Cheras, Batu 9 sehingga musibah menimpa beliau pada 22 Ogos yang lepas.

Kediaman Rafiq sekeluarga merupakan salah sebuah daripada 6 rumah kayu (12 pintu) yang musnah dalam kebakaran tersebut.


Menurut Rafiq, ketika kejadian, beliau dan isteri tiada di rumah kecuali dua anaknya dan ibu mertua. Kebakaran berpunca dari percikan api elektrik dari rumah jiran belakang. Anaknya ketika itu tersedar api sedang marak dan asap masuk melalui tingkap terus membawa adik dan nenek (ibu mertua Rafiq) keluar dari rumah tersebut. Alhamdulillah, tiada kematian dan kecederaan dalam kebakaran itu.

"Api merebak dalam masa 15 minit sahaja, menyebabkan kesemua rumah berdekatan terbakar rentung. Jiran berdekatan cuba berusaha memadamkan api namun gagal. Bomba & Penyelamat Kajang yang tiba kemudian memadamkan api yang sedang marak.


Rafiq mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan mengambil perhatian terhadap musibah yang menimpa beliau. Pihak Kelab berharap agar Rafiq sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang masih boleh berbuat demikian seperti berikut:-





Seminar Kewangan Keluarga & Zakat

Biar Papa Asal Bergaya?! Di Wisma Felcra, KL pada 29 September 2013.

Click for enlarge

Saturday 7 September 2013

Friendly Match - TDK fc (3) vs Taman Sri Murni (2)

Tarikh  :  07 September 2013
Masa   :  5.00 ptg
Tempat : Kraftangan Rawang
Keputusan : Menang 3-2

Line up : Andy, Amy, Haziq, Bojai, Ucu, Abas, Acik, Acha, Joe, Ewan dan York

Sub : Moq

Penjaring : Joe dan Ewan (2x)

Asist : Ewan, Abas dan York

Man Of The Match : Haziq

Friday 6 September 2013

Ceramah Isu Mesir - Morsi, Ikhwan Muslimin dan Kisah Mesir



5 Sept, telah diadakan satu ceramah mengenai isu mesir di Surau Nurul Ehsan. Ceramah disampaikan oleh Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme iaitu Pengerusi Belia dan Remaja Ikram Selangor.


Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme sedang menyampaikan ceramah.

Dalam penyampaian beliau menceritakan Sejarah Mesir, Kelebihan Mesir, Kisar Dr. Morsi sebelum dilantik sebagai presiden dan selepas digulingkan, dan Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia yang jauh perlu mengambil berat isu Mesir ini.


Salah satu slide presentation oleh Abu Dzar mengenai Kekuatan dan Keyakinan Ikhwanul Muslimin.

Alhamdulillah, walaupun perancangan untuk mengadakan ceramah ini terlalu singkat, pihak Kelab Belia TDK tidak sempat untuk mengiklankan ceramah ini namun dianggarkan seramai 70 jemaah yang hadir dalam ceramah tersebut.


Jemaah muslimin

Jemaah muslimat

Selepas solat Isyak, semua jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda menyokong perjuangan Morsi dan Ikhwan Muslimin. Pihak Ikram Ampang Jaya juga membuka tabung derma bagi membantu rakyat Palestin. 





 Jemaah sedang membaca risalah perjuangan di Syria



Jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda meyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin dan Morsi

Membeli sambil menderma bagi membantu rakyat Palestin

I