Friday 6 September 2013

Ceramah Isu Mesir - Morsi, Ikhwan Muslimin dan Kisah Mesir



5 Sept, telah diadakan satu ceramah mengenai isu mesir di Surau Nurul Ehsan. Ceramah disampaikan oleh Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme iaitu Pengerusi Belia dan Remaja Ikram Selangor.


Sdra. Yusr @ Abu Dzar Azme sedang menyampaikan ceramah.

Dalam penyampaian beliau menceritakan Sejarah Mesir, Kelebihan Mesir, Kisar Dr. Morsi sebelum dilantik sebagai presiden dan selepas digulingkan, dan Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia yang jauh perlu mengambil berat isu Mesir ini.


Salah satu slide presentation oleh Abu Dzar mengenai Kekuatan dan Keyakinan Ikhwanul Muslimin.

Alhamdulillah, walaupun perancangan untuk mengadakan ceramah ini terlalu singkat, pihak Kelab Belia TDK tidak sempat untuk mengiklankan ceramah ini namun dianggarkan seramai 70 jemaah yang hadir dalam ceramah tersebut.


Jemaah muslimin

Jemaah muslimat

Selepas solat Isyak, semua jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda menyokong perjuangan Morsi dan Ikhwan Muslimin. Pihak Ikram Ampang Jaya juga membuka tabung derma bagi membantu rakyat Palestin. 





 Jemaah sedang membaca risalah perjuangan di Syria



Jemaah menurunkan tandatangan sebagai tanda meyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin dan Morsi

Membeli sambil menderma bagi membantu rakyat Palestin

I

No comments :

Post a Comment