Tuesday 16 July 2013

Majlis Gotong Royong Membuat Bubur Lambuk, Iftar Jamaie dan Khatam Al-Quran dan Penyampaian Cenderahati

14 Julai - Alhamdulillah dengan izin dariNya, majlis tersebut di atas dapat dijalankan seperti yang dirancang. Majlis bermula pukul 10:00 pagi iaitu membuat bubur lamubk yang diketuai oleh Hj. Rahim Shariff dibantu oleh Affendy, Khairul Azry, dan Shahrizal. Sesi petang membungkus dan edaran bubur lambuk dibantu oleh rakan-rakan Kelab lain turut serta remaja (TDK Kid); adik Armin, Ali Imran, Taqya, Ammar, dan Syahid.


Makanan iftar jamaie juga disediakan Hj. Rahim Shariff. Ini bagi meringankan beban kos perbelanjaan Surau dari membayar katerer. Alhamdulillah menu iftar penduduk kariah pada hari tersebut adalah nasi campur kari daging, sambal ikan bilis, sayur kobis dan ikan masin.

Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan Solat Tarawikh dan Majlis Khatam Al-Quran. Imam Muda Azhar dijemput untuk memimpin majlis tersebut. Bacaan dimulakan dengan Surah Ad-Dhuha sehingga Al-Ikhlas dan mula semula membaca surah pertama Al-Fatihah dan semuka dari Surah Al-Baqarah. Tujuan kita mengulang semula Surah Al-Fatihah dan semuka dari Surah Al-Baqarah untuk mengingatkan membaca Al-Quran bukan sekali sahaja tetapi berulang-ulang.



Selepas majlis khatam, diteruskan majlis penyampaian cenderahati petugas-petugas di bulan Ramadhan, peserta tadarus, imam, bilal kanak-kanak, cenderahati khas kepada orang yang banyak memberikan sumbangan dalam mengimarahkan surau serta sumbangan Aidilfitri Orang Kurang Upaya (OKU), dan Anak Yatim serta Asnaf(miskin).


Monday 15 July 2013

Kelab Belia TDK Khatam Al-Quran

13 Ogos - Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini Kelab berjaya khatam Al-Quran. Walaupun dalam kesibukan membuat persiapan menyambut hari perayaan Aidilfitri, namun pengisian tadarus di sebelah malam selepas waktu moreh tidak ditinggalkan.

Antara peserta-peserta tadarus adalah Sdra Az-Zahir, Fakhzan, Sahlan, Badrul, Azmi, Najib, Aiman, Zaim, Affendy, Yusri, Wan Baharuddin, Johari, Hafiez, Saiful Rizal, Shahrizal, Nazri ,Mazlan, dan Hakim.

Semoga Kelab istiqamah membuat tadarus setiap kali Ramadhan dan terus mengimarahkan ruma-rumah Allah S.W.T. InsyaAllah.

Sdra Khairul Azmi membaca doa khatam Al-Quran

Laporan Sambutan Mencari Malam Al-Qadar

03 Ogos - Alhamdulillah dengan izin daripadaNya, Kelab dengan kerjasama AJK Surau dan penduduk Taman Desa Keramat dapat menjayakan program Mencari Malam Al-Qadar seperti yang dirancang. Pihak Kelab mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga kita beroleh keberkatan dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Program dimulakan pada 6:30 petang dengan tazkirah oleh Ustaz Anuar, Iftar Jamaie, berbuka kecil dan Solat Maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib, diadakan jamuan makan dengan menu nasi campur, ayam masak lemak, sayur campur, ikan goreng. 

Seterusnya program seperti biasa solat Isyak, Sunat Tarawikh, Morey dan Tadarus. Sebelah pagi pukul 3:30pagi mula berkumpul dan qiamulail dipimpin oleh Ustaz M. Hanif Iqbal. Selepas Qiamulail sahur berjemaah, solat Subuh dan Tazkirah Subuh oleh Yang Berbahagia Ustaz Hanif Iqbal.

Kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang derma bagi menjayakan program ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.


Wednesday 10 July 2013

Tentatif Program Mencari Malam Al-qadar dan Majlis Khatam Quran

03 Ogos 2013 - Mencari Malam Al-Qadar bertempat di Surau Nurul Ehsan : -

6.15ptg    - Tazkirah Khas Ramadhan - Ustaz Anuar
7.30mlm   - Iftar Jamaei
                - Solat Maghrib
                - Jamuan Makan
8.45mlm   - Solat Isyak
                - Solat sunat Tarawikh dan Witir
10.15mlm - Tazkirah Ringkas - Ustaz Daniel
10.40mlm - Moreh
11.00mlm - Tadarus (Final)
12.00mlm - Iktikaf
4.00pg      - Qiyamullail - Ustaz Hanif Iqbal (Darul Muhibbin)
5.00pg      - Sahur
5.50pg      - Solat Subuh dan Kuliah Subuh
7.00pg      - Bersurai

Click to enlarge

04 Ogos 2013 - Majlis Khatam Quran bertempat di Surau Nurul Ehsan :-

12.00tgh   - Gotong royong masak bubur lambuk

4.00ptg     - Edaran bubur lambuk ke rumah
4.45ptg     - Solat Asar
6.15ptg     - Tazkirah Khas oleh Imam Muda Azhar
7.30mlm    - Iftar Jamaei
                 - Solat Maghrib
                 - Jamuan Makan
8.45mlm    - Solat Isyak
                 - Solat sunat Terawih dan Witir
10.15mlm  - Majlis Khatam Quran
                 - Penyampaian Saguhati
                 - Moreh

Click to enlarge

Monday 8 July 2013

Ceramah Kemuncak Program "Prepare for Ramadhan"

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatNya, program Prepare for Ramadhan berjalan seperti yang dirancang. Walaupun pihak kelab mengalami masalah dalam pencarian ustaz di mana Ustaz Azrul Ismail tidak dapat hadir, dan Ustaz Mohd Abdullah juga mengalami masalah di akhir-akhir waktu, namun KBTDK dapat menjemput penceramah yang jauh berasal dari Johor, Ustaz Mohd Izad bin Abdul Aziz. Ustaz telah menyampaikan ceramah beliau mengikut konsep yang dibawa oleh KBTDK dengan penyampaian melalui 'slide presentation' dan 'hand out' selama 1jam setengah.

Ustaz Mohd Izad bin Abdul Aziz

Handout yang disediakan oleh Sdra Azzahir.

YB Saari Sungib juga turut hadir dalam program tersebut.

Ucapan oleh YB Saari sebelum penutupan majlis.

Pihak Kelab Belia TDK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Sekiranya ada kekurangan dalam majlis ini harap dimaafkan. Kepada dermawan-dermawan yang menyumbang, hanya Allah S.W.T dapat membalasnya. Kepada para jemaah yang hadir ke program ini juga semoga kita bersama dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini lebih baik lagi dari yang lepas sepertimana Ustaz Mohd Izad sering menekankan pertanyaan "bagaimana sekiranya Ramadhan kali ini adalah terakhir buat kita?".

Sunday 7 July 2013

Friendly Match : TDK fc (5) vs Selayang Veteren (6)

Tarikh : 07 Julai 2013
Masa   : 5.00 ptg
Tempat : Padang Batu Caves
Keputusan : Kalah 5-6

Line Up : Hisham, Uje, Ijam Aho, Otai, Ucu, Moq, Bohe, Ewan, Joe, Achique dan York

Sub : Amy, Alan, Abas, Bojai dan Aizat

Penjaring : Bohe 2, Ewan 1, York 1 dan Otai 1

Asist : Achique 1, Moq 1, Ewan 2 dan Ucu 1

Kad Kuning : Ucu

Injured : Alan dan Abas

Man of the match : Bohe

Thursday 4 July 2013

Jemputan Program Kemuncak "Prepare for Ramadhan"


Program Kemuncak Prepare for Ramadhan akan diadakan pada :-

Tarikh : 06 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8:00malam
Tempat : Surau Nurul Ehsan


Dijemput kepada semua yang singgah ke blog kami untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu dan membangkitkan lagi semangat beribadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga tahun ini kita tidak rugi lagi.