Monday 21 May 2012

Rejab, Ahlan Wa Sahlan Ya Rajab.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


Alhamdulillah..kita sudah hampir sangat dengan bulan Rejab..bulan yang penuh barakah..Subhanallah. Bersyukur kepada ALLAH  S.W.T kerana masih memberi kita peluang untuk menghidupkan bulan yang mulia ini.

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal mendatang dalam tempoh dua bulan sahaja lagi, kelab akan menganjurkan ceramah-ceramah, dan tazkirah dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ini adalah bertujuan untuk memperingati diri kita masing-masing agar tidak terlewat dalam mengerjakan ibadah yang biasa dilakukan para-para anbiya' dalam bulan tersebut.

Pada 19 Mei lepas, satu majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Sdr. AzZahir, AJK Kerohanian Kelab bagi meraikan abang beliau, Ustaz Shahrul Nizam Yamani membawa rombongan mengerjakan umrah pda 27 Mei 2012 ini, dalam majlis tersebut, Ustaz Shahrul telah menyampaikan tazkirah ringkas mengenai bulan Rejab, keistimewannya, dan amalan yang baik dikerjakan dalam bulan itu. 

InsyaAllah, tazkirah-tazkirah bagi membangkitkan semangat kita untuk merebut ganjaran-ganjaran dalam bulan istimewa akan diadakan dari masa ke semasa. 





Laporan Kursus Pengurusan Jenazah


20 Mei, Keramat - Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Jenazah buat kali pertamanya dianjurkan oleh Kelab Belia TDK dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, IKRAM Ampang Jaya dan JAWI telah dijalankan dengan jayanya di Surau Nurul Ehsan.

Anggaran yang mendaftar untuk kursus ini seramai 60 peserta iaitu 40 peserta lelaki dan 20 peserta wanita. Peserta bukan sahaja datang dari persekitaran Taman Desa Keramat, malah majoriti yang mengikuti program ini adalah penduduk-penduduk di kawasan kejiranan Desa Keramat.

Kursus telah dimulakan dengan sesi penerangan teori berkaitan ilmu pengurusan jenazah. Kemudian para peserta diperkenalkan pula dengan pekakas keperluan untuk pengurusan jenazah. Seterusnya diadakan sesi amali mandi dan mengkafan jenazah dan solat jenazah.

Maklumbalas dan respon yang kami terima dari peserta-peserta kursus akan kami perbaiki di program-program yang akan adakan pada masa akan datang. Insya-Allah, sekiranya ada rezeki kelab kami akan mengadakan Program Pengurusan Jenazah kali ke-2.


Emcee, Sdr Azhar pengacara program.

Antara peserta-peserta yang hadir.

Ustaz Norizan menerima sijil penghargaan dari kelab selepas sesi teori.

Sesi praktikal oleh Fasilitator dari JAWI


Mengkafankan mayat

Solat jenazah

Sdr. Sahlan sebagai wakil menerima sijil penyertaan bagi semua peserta yang hadir.

Sdr. Urwah Saari wakil IKRAM Ampang Jaya menerima sijil penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan kursus. 

kredit kepada adhoc photographer : Sdr. Nashriq

Pihak Kelab Belia TDK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah, Ustar Norizan @Nor Abd Ghani dan fasilitator juga kepada semua peserta-peserta kursus yang hadir.

Liga Jelajah GEMA - 4th Game TDK fc (1) vs Selayang fc (2)

Tarikh : 20 Mei 2012
Masa : 4.00pm
Tempat : Padang Batu Muda Sentul
Keputusan : TDK fc 1 - 2 Selayang fc
Penjaring : Abas

Man of the match : ABAS


Friday 18 May 2012

Pendaftaran Kursus Pengurusan Jenazah Ditutup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Adalah dimaklumkan, pendaftaran bagi program Kursus Pengurusan Jenazah telah ditutup bermula pada 18 Mei 2012 (Jumaat) seperti yang dinyatakan dalam iklan kami. Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah mendaftar awal dan membuat pembayaran. Kepada yang telah mendaftar dan belum membayar yuran penyertaan, boleh berbuat demikian semasa hari program nanti.


Kepada yang terlewat untuk mendaftar bagi kursus Pengurusan Jenazah kali ini, sekiranya ada rezeki kami untuk menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah sesi ke-2, InsyaAllah kami akan memaklumkan kepada anda semua. Sila kunjungi blog kami dari masa ke semasa. Terima kasih.

Monday 14 May 2012

Liga Jelajah GEMA - 3rd Game TDK fc (0) vs Zero One fc (7)

Tarikh : 13 Mei 2012
Masa : 5.00pm
Tempat : Padang Batu Muda Sentul
Keputusan : TDK fc 0 - 7 Zero One fc
Penjaring : -

Man of the match : ABE


Thursday 10 May 2012

Daftar Sekarang Kursus Pengurusan Jenazah 20 Mei 2012


Assalamualaikum W.B.T kepada sesiapa yang singgah ke blog Kelab Belia TDK ini semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan senyum selalu.

Sukacita Kelab Belia TDK akan menganjurkan satu program KURSUS PENGURUSAN JENAZAH terbuka kepada muslimin dan muslimat dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur JAWI dan IKRAM Ampang Jaya. Program tersebut adalah seperti berikut :- 


Tarikh
:-
20 Mei 2012 (Ahad)
Masa
:-
8:00A.M - 1:00P.M
Tempat
:-
Surau Nurul Ehsan
AU2C/6 Taman Desa Keramat
Ampang Hulu Kelang. Map
Yuran Penyertaan
:-
RM15.00
Penceramah
:
Ustaz Norizan@Nor bin Abd Ghani (JAWI)


Tarikh tutup penyertaan : 18 Mei 2012

ü Sijil Penyertaan disediakan
ü Sarapan disediakan
ü Sesi Teori ‘SlideShow’ dan ‘Handout’
ü Sesi Praktikal memandikan, mengkafankan dan solat jenazah bersama 3 Fasilitator dari JAWI (2 Lelaki dan 1 Perempuan)
ü Terbuka Kepada Lelaki Dan Perempuan
ü Had Umur 12 tahun ke atas.

Sekiranya pihak Tuan/Puan/Encik/Cik berminat untuk menyertai program ini, sila SMSNama Penuh/No. IC/No. untuk dihubungi” kepada Sdr. AzZahir : 019-6016586 . 

Pendaftaran dan pembayaran awal adalah digalakkan bagi memudahkan pihak kami menyediakan sijil penyertaan. Sebarang urusan pembayaran atau pertanyaan boleh berhubung dengan Sdr AzZahir ; 019-6016586 atau Sdr Azmi : 012-6370609. 

* Sekiranya pihak tuan ingin menyertakan anak-anak, isteri atau orang lain dalam kursus ini, borang boleh dimuat turun di sini atau terus daftar di kaunter pendaftaran pada hari program nanti.


Tonton video ini sekadar renungan kita bersama.....


Pihak Kelab Belia TDK berbesar hati sekiranya anda dapat menyertai program ini bukan sekadar memenuhi keperluan ilmu fardhu kifayah, malah insyaAllah dapat berbakti kepada kedua ibubapa kita kelak...

Tuesday 8 May 2012

Mesyuarat Khas Kursus Pengurusan Jenazah bil 1/2012


06 Mei - Satu mesyuarat khas Program Kursus Pengurusan Jenazah bil 1/2012 telah dibuat di Surau Nurul Ehsan. Semoga komitmen yang diberikan AJK-AJK dan ahli-ahli kelab dapat membantu bagi kelancaran program tersebut, InsyaAllah. Minit Mesyuarat  Khas Pengurusan Jenazah bil 1/2012, klik sini

Monday 7 May 2012

Liga Jelajah GEMA - 2nd Game TDK fc (2) vs GEMA fc (3)

Tarikh : 06 Mei 2012
Masa : 4.00pm
Tempat : Padang Batu Muda Sentul
Keputusan : TDK fc 2 - 3 GEMA fc
Penjaring : Ewan
               : Gol sendiri

Man of the match : NAS



Thursday 3 May 2012

Minit Mesyuarat AJK KBTDK 1/2012


Mesyuarat pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada 29 April 2012. Walaupun ramai AJK KBTDK yang pergi bercuti sempena Hari Buruh, mesyuarat tetap diteruskan dengan kehadiran ahli yang ada. Laporan mesyuarat adalah seperti berikut :- sila klik