Monday 21 May 2012

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah


20 Mei, Keramat - Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Jenazah buat kali pertamanya dianjurkan oleh Kelab Belia TDK dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, IKRAM Ampang Jaya dan JAWI telah dijalankan dengan jayanya di Surau Nurul Ehsan.

Anggaran yang mendaftar untuk kursus ini seramai 60 peserta iaitu 40 peserta lelaki dan 20 peserta wanita. Peserta bukan sahaja datang dari persekitaran Taman Desa Keramat, malah majoriti yang mengikuti program ini adalah penduduk-penduduk di kawasan kejiranan Desa Keramat.

Kursus telah dimulakan dengan sesi penerangan teori berkaitan ilmu pengurusan jenazah. Kemudian para peserta diperkenalkan pula dengan pekakas keperluan untuk pengurusan jenazah. Seterusnya diadakan sesi amali mandi dan mengkafan jenazah dan solat jenazah.

Maklumbalas dan respon yang kami terima dari peserta-peserta kursus akan kami perbaiki di program-program yang akan adakan pada masa akan datang. Insya-Allah, sekiranya ada rezeki kelab kami akan mengadakan Program Pengurusan Jenazah kali ke-2.


Emcee, Sdr Azhar pengacara program.

Antara peserta-peserta yang hadir.

Ustaz Norizan menerima sijil penghargaan dari kelab selepas sesi teori.

Sesi praktikal oleh Fasilitator dari JAWI


Mengkafankan mayat

Solat jenazah

Sdr. Sahlan sebagai wakil menerima sijil penyertaan bagi semua peserta yang hadir.

Sdr. Urwah Saari wakil IKRAM Ampang Jaya menerima sijil penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan kursus. 

kredit kepada adhoc photographer : Sdr. Nashriq

Pihak Kelab Belia TDK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah, Ustar Norizan @Nor Abd Ghani dan fasilitator juga kepada semua peserta-peserta kursus yang hadir.

No comments :

Post a Comment