Tuesday 8 October 2013

Program Hari Raya Aidil Adha 2013

15hb Oktober 2013 bertempat di Surau Nurul Ehsan program sambutan Hari Raya Aidil Adha akan bermula seawal pukul 8.00pagi. Laungan Takbir dan Sembahyang Raya Aidil Adha pada pukul 8.30 pagi diikuti dengan Insyaallah penyembelihan 9 ekor lembu yg dijangka bermula pada pukul 10.00 pagi. Proses memotong, melapah, membahagi, memasak, pembersihan dan sebagainya antara aktiviti yang akan dibuat sehingga pukul 3.00 ptg. Semua penduduk Taman Desa Keramat dijemput bagi memeriahkan dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk. Sama-sama kita doakan agar Allah menerima korban yang dilakukan dan mempermudahkan segala urusan pada hari itu.

Untuk tempahan baju khas Hari Raya Aidil Adha 2013 boleh hubungi En Najib ditalian 012-2426996.
Berikut adalah harga baju :-

a. Baju Muslimah - RM28.00
b. Baju lelaki Berkolar - RM28.00
c. Baju lelaki round neck - RM24.00

Contoh kain ada pada En Najib dan size paling besar hanya sehingga 3XL.

No comments :

Post a Comment