Thursday 21 March 2013

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG BIL.1/2013 KELAB BELIA TDK

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh / Hari : 24 Mei 2013 / Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Ruang mesyuarat, Surau Nurul Ehsan

Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi dan makluman tujuan mesyuarat diadakan.
2. Pembentangan laporan perjalanan KBTDK dalam tempoh sebelum.
3. Menerima dan meluluskan laporan kewangan semasa Bendahari KBTDK dan penyata kewangan yang telah diaudit.
4. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Kerohanian.
5. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Sukan.
6. Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti bagi AJK Rekreasi.
7. Pembubaran AJK KBTDK sesi 2010-2012 dan perlantikan Pengerusi Sementara.
8. Sesi perlantikan AJK KBTDK bagi sesi 2013-2015.
9. Ucapan dan pembentangan perancangan awal tentang perjalanan masa hadapan KBTDK oleh Pengerusi AJK KBTDK 2013-2015.
10. Perkara-perkara berbangkit.
Hal-hal lain.

Oleh itu, pihak tuan adalah dijemput hadir bagi memastikan perjalanan pertubuhan belia kita berjalan dengan lancar dan teratur. 


Idea-idea yang bernas dan membina amatlah diperlukan dalam usaha memantapkan lagi perancangan aktiviti-aktiviti pertubuhan untuk masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

No comments :

Post a Comment