Sunday 22 January 2012

Mesyuarat Persediaan Maulidur Rasul 1433H/2012M

Kenangan Sambutan Maulid Nabi 1432H/2011M

Diharap member-member Kelab Belia TDK lebih cepat membuat persediaan bagi sambutan Maulid Nabi pada 05/02/2012(Ahad) - 2 minggu lagi.

Mesyuarat AJK Surau Nurul Ehsan bagi persediaan sambutan tersebut telah diadakan Khamis lepas, 19/01/2012. Pihak AJK Surau meminta KBTDK buat persediaan untuk sesi perarakan Maulidur Rasul yang Masjid Al-Ansar anjurkan. Sdr. Khairul Azmi telah dilantik untuk jadi leader bagi perarakan itu nanti.


Tambahan dan penting, Masjid Al-Ansar juga buat pertandingan kontinjen terbaik dari segi pakaian, banner terbaik, perarakan terbaik. So, paham-paham la bab pakaian tu, target Pengerusi SNE, En. Rustam nak menang tahun ni.

Antara perkara-perkara yang perlu kita perlu prepare sebelum berarak (tolong comment kalau ada perkara yang saya tertinggal) : -

  1. Banner / Kain Rentang - Pihak surau akan beri peruntukan untuk buat yang baru. Tahun ni, banner kita special sikit. Lain dari yang lain.
  2. Pakaian - Pastikan baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, kopiah dan butang sampai atas. 
  3. Aksesori - Sdr. Khairul Azmi cadang letak reben pada songkok atau mungkin boleh buat hiasan kat kocek macam penanggah biasa pakai.
  4. Paluan Kompang - En. Rustam minta Sdr. Azhar untuk menyediakan paluan kompang ikut sama dalam perarakan.
Oleh itu, diharap kerjasama sahabat semua. Kita perlu buat mesyuarat untuk persediaan itu nanti dalam masa terdekat ini. Dua minggu lagi sebelum hari berarak


Saya akhiri dengan salam dan kata-kata motivasi dari seorang usahawan yang saya kagumi...."Don't Wait Things Happen, Make Them Happen". Sebarang masalah, idea atau kemusykilan boleh comment.

No comments :

Post a Comment