Wednesday 20 July 2011

Liga Sosial Gen-S Ampang Jaya 2011 Melabuh Tirai

Liga Sosial Gen-S Ampang Jaya 2011 adalah anjuran bersama antara Pebt Zon 6 dan Kelab Belia TDK. Bermula dari 04 Jun 2011 dan berakhir pada 16 Julai 2011. Sebanyak 8 Pasukan mengambil bahagian iaitu Myxs FC, KSK Gombak Utara, Kelab Belia TDK, Oasis FC, Young Catalan FC, St. John, UTFC dan Alif Alroja. Perlawanan akhir di antara Myxs FC dan KSK Gombak Utara berlangsung di Padang UKRC, Ampang dengan keputusan Myxs FC 3 KSK Gombak Utara 0. Berikut adalah senarai pemenang :-


Juara - Myxs FC
Naib Juara - KSK Gombak Utara
Ketiga - Kelab Belia TDK
Keempat - Oasis FC
Kelima - Young Catalan FC
Hadiah Kasut Emas - Sdr. Roswady bin Mat Nasir (Bohe) - Kelab Belia TDK - 11 Jaringan


Cek dan medal pemenang

Perlawanan final Liga Sosial berakhir di Padang UKRC, Ampang
Pasukan Myxs FC vs KSK Gombak Utara
Myxs FC menang 3-0


Urwah Saari, wakil Pebt Zon 6 memberi ucapan selepas perlawanan final.


Ucapan penutup oleh Pengerusi Kelab Belia TDK, Sdr. Khairul Azmi. 
Ucapan Sdr. Khairul Azmi menekankan.....

"Program aktiviti sukan yang diadakan ini dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti. Di samping ia mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik. Sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Yang lebih penting lagi ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara semua pegawai dan para pemain yang menyertai acara sukan ini."


Pemenang Kasut Emas - Roswady (Bohe) - 11 Jaringan

Tempat Ke-3 - Kelab Belia TDK


Tempat ke-2 - KSK Gombak Utara

Johan Liga Sosial Gen-S Pebt Ampang Jaya 2011 - Myxs FC
Gambar kenangan urusetia bersama KSK GOmbak Utara
Gambar kenangan urusetia, Pebt Zon 6 dan Kelab Belia TDK

Gambar kenangan Myxs FC bersama KSK Gombak Utara. 
Aktiviti kesukanan ini pasti memupuk nilai positif kepada belia 
disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama masyarakat.

No comments :

Post a Comment