Sunday 23 June 2013

Overhaul Stor Surau Nurul Ehsan

Satu pasukan yang diketuai oleh En Najib Salehuddin dan staf yang terdiri oleh An, Fizi, Aman, Andy, Bojai, Joe, Ali, Pad lee, Jack, Amy dan Andak telah berjaya mengemas stor surau yang boleh dikategori agak kotor dan tidak sihat. Dengan melibatkan 3 fasa, Punggah - (keluar semua barang, buang barang tidak diperlukan dan sort jenis barang yang digunakan), Pembersihan - (Menyapu, Mop, pest control dan cat), dan Penyusunan - (Masukkan kembali barang dan susun mengikut jenis barang) telah mengambil masa sehingga 3 minggu. Pest control juga dibuat bagi meningkatkan taraf kebersihan stor. Akhirnya stor dapat disiapkan dan hasilnya cukup membanggakan. Pihak surau juga turut gembira dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. KBTDK mengucapkan TAHNIAH buat semua dan hanya Allah sahaja dapat membalas jasa anda semua.

Stor surau bertukar wajah.


Kabinet baru di dapur Surau.


No comments :

Post a Comment