Sunday 9 June 2013

Program Prepare for Ramadhan, Fasa 2 - Penghayatan bulan Syaaban Berjalan Lancar....

Alhamdulillah fasa ke 2 berjalan dengan jayanya. Hampir 160 orang telah hadir dalam program ini. Bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Petikan daripada hand out yang disampaikan  oleh Ustaz Ismat Nazirin mengenai Nisfu Sya'ban 

'Usamah b. Zaid berkata :Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan lain sebanyak engkau berpuasa ketika sya’ban? Rasulullah menjawab: “Bulan tersebut manusia agak terleka kerana ianya berada ditengah Rejab dan Ramadhan, Ianya adalah bulan diangkat segala amalan kepada ‘Tuhan Sekelian Alam’ dan aku amat berharap dan suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa.- HR (Ahmad 21753), (An-Nasaie 2357)'

Ustaz Ismat juga memberi peringatan mengenai tiada sembahyang sunat khusus dan doa berkaitan Nisfu Sya'ban dan sekiranya amalan seperti bacaan Yassin sebanyak 3 kali hendak dibuat masih tidak menjadi masalah asalkan kita tidak mengatakan ia anjuran Rasulullah S.A.W kerana nabi tidak melakukannya. 

Insyaallah fasa ke 3 mengenai RAMADHAN akan dibuat pada 6hb Julai 2013 bermula Maghrib berjemaah dan harapan lebih ramai hadirin akan datang memandangkan RAMADHAN akan tiba. Semoga RAMADHAN kali ini kita tidak RUGI. 

Ustaz Ismat Nazirin penceramah jemputan

Antara jemaah yang hadir

Hand out yang dikemaskini oleh En Azzahir

Nasi kukus ayam menjadi menu

Antara AJK Program sedang menjamu selera

No comments :

Post a Comment