Tuesday 18 June 2013

Setiausaha KBTDK Kemalangan Jalan Raya.

Setiausaha KBTDK iaitu En Muhammad Sahlan bin Salehuddin atau panggilan mesra Alan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan 2 motosikal. Disebabkan kereta tersebut memasuk simpang tanpa memberi signal, namun Alan berjaya mengelak kereta tersebut tetapi dilanggar oleh motosikal yang datang dari belakang. Yang agak menyedihkan sedikit kemalangan berlaku pada hari lahir beliau iaitu pada 18 Jun. Alhamdulillah selepas dirawat di hospital, Alan hanya mengalami cedera "soft tissue injury" di kedua belah tangan kanan dan kiri. Tiada patah dan retak. Kami dari KBTDK mendoakan agar Alan cepat sembuh dan dapat beraksi semula untuk TDK FC.

Menunggu pemeriksaan X-Ray pada tangan kanan.

Keadaan En Sahlan selepas selesai pemeriksaan.

No comments :

Post a Comment