Sunday 12 February 2012

Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah" di Surau Nurul Ehsan


Acara kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Surau Nurul Ehsan diisi dengan satu Majlis Ilmu Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah". Dianggarkan 300 jemaah yang hadir, Muslimin dan Muslimat termasuk penduduk di luar kariah Taman Desa Keramat juga turut hadir. 
Program dimulakan dengan bacaan Yaseen dan Tahlil Arwah Keluarga Hjh. Ustazah Fatimah sebelum solat Maghrib.


 

Selepas solat Maghrib, sesi Forum Perdana "Rasulullah S.A.W Ikutan Untuk Seluruh Ummah" dimulakan.


 
Panel-Panel Ustaz dan Moderator yang diundang khas bagi forum tersebut iaitu Ustaz Kamalul Hisyam @ Farhan SuhutUstaz Azhari Ibrahim dan Ustaz Fazlul Rahimi MaaropForum yang berlangsung dalam tempoh 1jam setengah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Panel-Panel Ustaz dan juga moderator dalam memberikan hujah-hujah kepada jemaah yang hadir.





Laungan solawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah S.A.W sebagai penutup majlis. Semua Jemaah yang hadir menerima bunga telur sebagai cenderahati dalam Forum tersebut.



Forum Perdana Pertama yang diadakan di Surau Nurul Ehsan, semoga program ilmu seperti ini dapat diadakan lagi kerap di masa akan datang. Insya Allah.

Terima kasih kepada Hanafi Nadzri (Jurufoto Majlis.)

No comments :

Post a Comment