Tuesday 31 May 2011

Kursus Pemahaman Halalan dan Penyembelihan Mengikut Syarak

Kelab Belia TDK akan menganjurkan satu Kursus Pemahaman Halalan dan Penyembelihan Mengikut Syarak dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, JAWI dan Israq IQ Therapy pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-


Tarikh                         :  18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa                           :  8:00am - 5:00pm
Tempat                       :  Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat
Yuran Penyertaan      :  RM80.00


Tarikh Tutup Pendaftaran  :  11 Jun 2011





=Penyertaan=
Penyertaan adalah terbuka kepada lelaki dan wanita. Had umur penyertaan adalah tidak kurang dari 12 tahun. Penyertaan terhad kepada 100 peserta sahaja.

=Kelebihan dan Faedah Kursus=
1. Sijil penyertaan dari JAWI.
2. Latihan praktikal menyembelih ayam bagi setiap individu.
3. Peserta akan dibekalkan dengan ayam untuk sembelihan dan peralatan menyembelih untuk sesi praktikal.
4. Pemahaman Konsep Halal dan Toyyiba serta Penyembelihan Mengikut Syarak dalam sesi teori.
5. Konsep belajar dua hala dan bantuan mengajar dalam bentuk slideshow.
 

=Cara untuk menyertai kursus ini=
1. Dapatkan borang melalui nama-nama yang tertera dalam flyers di atas.
2.  Borang hendaklah diisi dengan lengkap (HURUF BESAR) untuk tujuan pensijilan.
3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00.
4. Peserta yang telah menyerahkan borang dan yuran hendaklah memastikan resit penyertaan diterima.
5.  Resit tersebut hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran di hari kursus nanti.


*Adalah diingatkan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta ingin menarik diri selepas tarikh tutup penyertaan pada 11 Jun 2011.


No comments :

Post a Comment