Sunday 15 January 2012

TDK FC berjumpa Belia Ikram...Sengit 2-2...

Belia Ikram & KBTDK.
gambar : Zul Zainal

15 Jan, Gombak - Perlawanan persahabatan telah diadakan di antara Kelab Belia TDK dan Belia Ikram di Padang Kem Batu Muda, Gombak. Perlawanan didahului oleh KBTDK 2-0 pada babak pertama namun Belia Ikram telah menyamakan kedudukan pada masa yang ke-2. Cubaan kapten Belia Ikram, Urwah Saari untuk menang dengan cara mudah, beliau cuba mendapatkan tendangan penalti dengan menjatuhkan diri dalam kotak penalti pihak lawan namun diabaikan oleh pengadil perlawanan. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2 berbalas 2. Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi kerjasama antara Kelab Belia TDK dan Belia Ikram dalam apa jua aktiviti sosial yang akan ditempuhi sepanjang tahun 2012.

Tarikh perlawanan : 15 Jan 2012
Tempat : Padang Batu Muda, Sentul
Keputusan : Tdk Fc 2-2 belia Ikram
Penjaring : Zaid - 1, Hisham - 1
Man of the Match - Zaid

2 comments :