Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri dari Kelab Belia TDK, Surau Nurul Ehsan dan Penduduk Taman Desa Keramat.


Dikesempatan ini, Jawatankuasa Kelab Belia TDK dan Surau Nurul Ehsan serta Penduduk Kariah Taman Desa Keramat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam umumnya dan khususnya kepada jemaah yang mengunjungi surau kami di Taman Desa Keramat.

Kami menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin atas kekurangan sepanjang kami menguruskan pentadbiran Surau Nurul Ehsan dan Taman Desa Keramat. Semoga lebaran ini mengeratkan silaturrahim di antara kita sesama muslim. InsyaAllah.

Bersalam-salaman selepas Solat Sunat Aidilfitri
Gambar kenangan Kelab

Gambar kenangan Aidilfitri 1434H/2013
Penduduk Taman Desa Keramat


No comments :

Post a Comment