Thursday 10 January 2013

Minit Mesyuarat Kelab Belia TDK Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013

Minit Mesyuarat Kelab Belia TDK Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013


Tarikh              :           10 Januari 2013
Tempat            :           Surau Nurul Ehsan
Masa               :           9:00 malam


Gambar Kenangan - Kontinjen Surau Nurul Ehsan memenangi tempat pertama Perarakan Maulid Nabi 1433H Peringkat Masjid Al Ansar.

Persediaan Majlis Perarakan Peringkat Masjid Al-Ansar (24 Januari 2013)

Design Banner
Warna Tema adalah “Merah Kuning” . Tindakan Sdr. Aiman

Banner Trapezium dan Banner Kubah 
Banner Trapezium telah berkarat dan akan dicat/ spray semula
Banner Kubah terdapat kecacatan pada kabus. Perlu dibaiki semula.
Tindakan Sdr. Najib dan Sdr. Eszafendy

New Design kelainan pada banner sekiranya ada pada tahun ini.
Tiada kelainan. Sama semua seperti tahun lepas. Cuma ubah konsep warna.

Pakaian dan aksesori
Pakaian “Berbaju Melayu Lengkap Bersongkok dan Bersampin”
Tema kita pada tahun ini adalah “Merah Kuning”. Digalakkan kepada semua untuk mengenakan baju melayu berwana merah atau kuning. Kepada yang tidak ada baju warna tersebut, tiada masalah, masih boleh bersama-sama dalam perarakan ini.
Tindakan Semua peserta

Aksesori  - Songkok diletakkan reben dan kerongsang
Baju - bunga penanggah
Tindakan : 
Sdr. Nizam
*Kepada sesiapa yang masih tidak memulangkan kerongsang pada perarakan Maulid tahun lepas, diminta untuk dibawa bersama pada tahun ini. (sekiranya masih ada simpan).

Kompang dan alat-alat lain sekiranya ada.
Diminta kepada sesiapa yang ingin menyertai pasukan kompang, sila beri nama. Sdr Azhar akan mengajar secara basic. Sesiapa yang berminat boleh beri nama kepada    beliau.
Tindakan Sdr. Azhar

Sdr Nazri mencadangkan menggunakan radio dan speaker portable. Azmi akan cuba dapatkan.
Tindakan : Sdr Azmi

Sumbangan dana
Dari Surau Nurul Ehsan
Tindakan Sdr. Azmi 

Pada 13.1.2013 (Ahad) selepas solat Zohor ini dijemput kepada semua yang berkelapangan untuk membuat persediaan awal, perkara yang perlu disediakan.

Pada 20.1.2013 (Ahad minggu depan) selepas solat Zohor, persediaan akhir. Diminta semua peserta hadir utk membawa songkok masing-masing bagi pemasangan reben, dan

peserta diminta untuk bersama bergotong royong menyiapkan banner, peralatan peralatan yang perlu bagi persediaan Perarakan Maulid ini. Sekian terima Kasih.





Mesyuarat dihadiri AJK Kelab Belia TDK dan ahli-ahli yang lain.




No comments :

Post a Comment