Wednesday 4 April 2012

Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012

KBTDK akan menyertai satu lagi liga social yang bermula pada 21 April 2012. Berikut adalah informasi mengenai liga ini.


INFO LIGA

1.0       NAMA PERTANDINGAN
            Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012

2.0       PENGANJUR
            Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) dengan kerjasama Pertubuhan        
            IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Kelab Belia TDK.

3.0       TARIKH PERTANDINGAN
            21 April 2012 hingga 30 Jun 2012 (tertakluk kepada perubahan)

4.0       LOKASI PERTANDINGAN
            Padang bolasepak DBKL, Kampung Batu Muda Tambahan, Sentul W.P

5.0       FORMAT PERTANDINGAN
Dilaksanakan dalam bentuk liga 10 pasukan. 4 pasukan teratas akan memasuki  peringkat  separuh akhir. Undian adalah seperti berikut :
            Kedudukan No 1 vs No 4
                                No 2 vs No 3
 Peraturan permainan adalah mengikut undang-undang terbaru FIFA dan dikendalikan oleh pengadil bertugas.

6.0       HADIAH PERTANDINGAN
            6.1       Juara menerima wang tunai RM700, trofi dan medal bagi setiap pemain.
            6.2       Naib Juara menerima wang tunai RM500 dan medal bagi setiap pemain.
            6.3       Ketiga menerima wang tunai RM300 dan medal bagi setiap pemain.

7.0       SEKRETARIAT PENGANJUR
Pejabat GEMA, 313B, Melawati Square, Lorong Kedah, Pusat Bandar Melawati,   53100 Kuala Lumpur.
            Pengarah                                : Wan Muhammad b. Wan Ibrahim
            Setiausaha                             : Urwah b. Saari
            Pengarah Pertandingan       : Mohd Nazri b. Mohd Shah Alias

8.0       SYARAT PERTANDINGAN
            Rujuk helaian Syarat dan Peraturan


SYARAT & PERATURAN


1.1              Yuran penyertan adalah sebanyak RM100.00 yang akan digunakan bagi tujuan pengurusan padang dan peralatan berkaitan.
1.2              Deposit sebanyak RM130.00 dikenakan kepada setiap pasukan dan akan dipulangkan bila tamat liga mengikut terma dan syarat.
1.3              Setiap pasukan juga dikehendaki membayar RM130.00 pada setiap perlawanan bagi menampung kos sewa padang dan saguhati pengadil.
1.4              Venue pertandingan di padang Kg. Batu Muda Tambahan, Sentul. Sekiranya ada perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
1.5              Pendaftaran pemain sebanyak 25 pemain berumur 18-40 tahun.
1.6              Setiap perlawanan selama 80 minit dengan dua separuh masa.
1.7              Perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Perlawanan pertama pada pukul 3.30 petang dan kedua pada 5.15 petang.
1.8              Pengadil akan menunggu setiap pasukan yang lambat selama 10 minit. Sekiranya gagal menepati waktu, pasukan tersebut akan dikira kalah. 3 mata akan diberi kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0. Wang deposit juga akan ditolak sebanyak RM 130.00.
1.9              Sekiranya hujan lebat dan padang bertakung, perlawanan akan digantikan semula mengikut tarikh yang ditentukan pihak pengurusan liga.
1.10          Pemain yang dikenakan 2 kad kuning akan digantung 1 perlawanan.
1.11          Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung 2 perlawanan.
1.12          Pemain yang mencetuskan pergaduhan dan menerima kad merah akan dikenakan pergantungan 5 perlawanan.
1.13          Mana-mana penyokong atau pemain simpanan mana-mana pasukan yang terlibat dalam pergaduhan, pasukan tersebut akan ditolak 3 mata dan duit deposit akan ditolak sebanyak RM130.00.

             1.14    Pengadil berhak menentukan sebarang keputusan di atas padang. Keputusan adalah    
                        muktamad.

1 comment :