Sunday 11 March 2012

Set Jersi Baru TDK Kid dan Laporan Perlawanan Persahabatan di antara UKRC FC vs TDK Kid ,Tewas 3-2

KBTDK telah membuka satu tapak baru dengan menubuhkan satu pasukan bola sepak bawah 15 tahun. Pasukan yang diberi nama TDK Kid telah mengadakan dua (2) perlawanan sebelum ini bersama CIMB Kid  dan DTHO FC. 

Minggu lalu, KBTDK telah mengadakan satu permohonan dana sumbangan kilat bagi membeli jersi pasukan bagi TDK Kid sebelum perlawanan bersama UKRC dan Alhamdulillah permohonan tersebut mendapat sambutan dan sokongan oleh semua penduduk Taman Desa Keramat. 

TDK Kid

Laporan Perlawanan Persahabatan TDK Kid vs UKRC fc

Tarikh
:
11 March 2012
Masa
:
8:00 pagi
Tempat
:
Padang UKRC, Ampang
Keputusan
:
TDK Kid 2 – 3 UKRC
Penjaring
:
Afiq Ukail x 2

Walaupun tewas, namun semangat tidak berputus asa dan terus bermain bersungguh-sungguh TDK Kid harus dipuji. TDK Kid bolos 3 gol sebelum bangkit mengejar semula menghampiri dengan menjaringkan 2 gol. 

Di kesempatan ini juga, KBTDK ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penduduk Taman Desa Keramat atau di luar Taman Desa Keramat yang memberi sokongan dan harap aktiviti sihat ini dapat memupuk displin dan semangat kejiranan di Taman Desa Keramat. Insya Allah.

Next Game TDK Kid di Padang Sekolah Hulu Kelang, Rabu 14 Mac 2012 (5:30 petang)

No comments :

Post a Comment