Pada 1 dan 2 Mac 2014 telah diadakan sesi kursus MyKerja di Pernec Corporation Berhad. Kursus selama dua hari ini diberikan kepada orang ramai yang rata-rata berpendapatan kurang daripada RM3000 dan juga bagi mereka yang ingin menambah pendapatan. Seramai 10 orang peserta daripada Kelab Belia TDK yang telah menghadiri kursus ini mendapat manfaat daripada ceramah yang diberikan dari pihak penganjur. Modul-modul yang diberikan sesuai bagi orang ramai yang ingin mencari pekerjaan sampingan seperti Pengenalan Kepada Komputer, Kemahiran ICT, dan Kemahiran Komunikasi. Di akhir kursus, para peserta kursus diberikan sijil penghargaan yang disampaikan oleh YB Saari Sungib, ADUN Ulu Kelang. Diharapkan agar program seperti ini dapat membantu mereka di luar sana yang ingin menjana pendapatan sampingan.
YB Saari Sungib hadir pada hari kedua Kursus MyKerja
No comments :
Post a Comment