14 Julai - Alhamdulillah dengan izin dariNya, majlis tersebut di atas dapat dijalankan seperti yang dirancang. Majlis bermula pukul 10:00 pagi iaitu membuat bubur lamubk yang diketuai oleh Hj. Rahim Shariff dibantu oleh Affendy, Khairul Azry, dan Shahrizal. Sesi petang membungkus dan edaran bubur lambuk dibantu oleh rakan-rakan Kelab lain turut serta remaja (TDK Kid); adik Armin, Ali Imran, Taqya, Ammar, dan Syahid.
Makanan iftar jamaie juga disediakan Hj. Rahim Shariff. Ini bagi meringankan beban kos perbelanjaan Surau dari membayar katerer. Alhamdulillah menu iftar penduduk kariah pada hari tersebut adalah nasi campur kari daging, sambal ikan bilis, sayur kobis dan ikan masin.
Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan Solat Tarawikh dan Majlis Khatam Al-Quran. Imam Muda Azhar dijemput untuk memimpin majlis tersebut. Bacaan dimulakan dengan Surah Ad-Dhuha sehingga Al-Ikhlas dan mula semula membaca surah pertama Al-Fatihah dan semuka dari Surah Al-Baqarah. Tujuan kita mengulang semula Surah Al-Fatihah dan semuka dari Surah Al-Baqarah untuk mengingatkan membaca Al-Quran bukan sekali sahaja tetapi berulang-ulang.
Selepas majlis khatam, diteruskan majlis penyampaian cenderahati petugas-petugas di bulan Ramadhan, peserta tadarus, imam, bilal kanak-kanak, cenderahati khas kepada orang yang banyak memberikan sumbangan dalam mengimarahkan surau serta sumbangan Aidilfitri Orang Kurang Upaya (OKU), dan Anak Yatim serta Asnaf(miskin).
No comments :
Post a Comment