Sedar tak sedar Rejab akan menjelma dua hari lagi. Dari itu, marilah kita meningkatkan ilmu, amal dan iman kita bagi menghadapi bulan Ramadhan bermula dari Rejab dan Syaaban lagi.
Al maklumlah apabila Ramadhan tiba, kita akan tambah dengan solat-solat sunat tarawikh 8 atau 20 rakaat bagi yang mampu, bacaan Quran berjuz-juz satu malam sahaja, tahan makan dan rokok lagi.
Sekiranya kita tidak warm up dari Rejab dan Syaaban, terkejut otot betis dengan otot lidah. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengejar Ramadhan bermula dari Rejab dan Syaaban lagi.
Sempena menyambut Ramadhan tahun ini, Kelab Belia TDK menganjurkan program "Prepare for Ramadhan" meliputi Tiga Fasa iaitu:-
1)Penghayatan Rejab..
2)Penghayatan Syaaban..
3)Penghayatan Ramadhan..
Diharap kesudian sesiapa yang menziarah blog ini untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi.
Click to enlarge |
Kepada sesiapa yang ingin mewar-warkan program ini, boleh download flyers bersaiz A5 di sini. Bagi saiz A4 di sini.
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan dana bagi program ini, boleh salurkan sumbangan anda di sini. Sila klik
No comments :
Post a Comment