Saturday, 25 May 2013

Friendly Match - TDK fc (1) vs Mix Selayang (4)

Tarikh : 25 Mei 2013
Masa  : 5.00 ptg
Tempat : FRIM
keputusan : Kalah 1-4

Line Up : Hisham, Moq, Amy, Otai, Achique, Haziq, Abas, Joe, Arin, York dan Aizat

Sub : Acha dan Wan(Pemain Import)

Penjaring : Joe   /     Asist : York

Man of the match : Moq

Monday, 13 May 2013

Alhamdulillah...Program Prepare for Ramadhan, Fasa 1 - Penghayatan bulan Rejab Berjalan Lancar.

11 Mei, Keramat - Program Prepare for Ramadhan, Fasa Pertama - Penghayatan Bulan Rejab berjalan lancar. Ustaz jemputan, Ustaz Ahmad bin Shadan telah menyampaikan tazkirah beliau dalam bentuk presentation slide kepada yang hadir. Kelab Belia TDK dengan kerjasama Ustaz telah menyediakan handout kepada jemaah yang hadir. Ceramah yang disampaikan dalama 1jam setengah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ustaz. Konsep slideshow dan handout lebih memudahkan proses penyampaian ustaz. Anggaran 100jemaah termasuk muslimin dan muslimat yang hadir bagi program ini.

Program kemudiannya diakhiri dengan zikir khusus bagi bulan Rejab, Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam.

Ucapan aluan oleh Pengerusi KBTDK

Penyampaian Ustaz Ahmad bin Shadan.

Handout bagi program Rejab


Antara jemaah yang hadir

Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Kelab Belia TDK mengalu-alukan kepada anda yang menziarah blog ini untuk hadir bagi Program Prepare for Ramadhan - Fasa 2 Penghayatan Syaaban. Semoga Ramadhan Kali Ini Kita Tidak Rugi.


Thursday, 9 May 2013

Jemputan Program "Prepare for Ramadhan"

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar Rejab akan menjelma dua hari lagi. Dari itu, marilah kita meningkatkan ilmu, amal dan iman kita bagi menghadapi bulan Ramadhan bermula dari Rejab dan Syaaban lagi.

Al maklumlah apabila Ramadhan tiba, kita akan tambah dengan solat-solat sunat tarawikh 8 atau 20 rakaat bagi yang mampu, bacaan Quran berjuz-juz satu malam sahaja, tahan makan dan rokok lagi.

Sekiranya kita tidak warm up dari Rejab dan Syaaban, terkejut otot betis dengan otot lidah. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengejar Ramadhan bermula dari Rejab dan Syaaban lagi.

Sempena menyambut Ramadhan tahun ini, Kelab Belia TDK menganjurkan program "Prepare for Ramadhan" meliputi Tiga Fasa iaitu:-
1)Penghayatan Rejab.. 
2)Penghayatan Syaaban..
3)Penghayatan Ramadhan..

Diharap kesudian sesiapa yang menziarah blog ini untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi.

Click to enlarge
Kepada sesiapa yang ingin mewar-warkan program ini, boleh download flyers bersaiz A5 di sini. Bagi saiz A4 di sini.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan dana bagi program ini, boleh salurkan sumbangan anda di sini. Sila klik

Tuesday, 7 May 2013

Jemputan ke Majlis Ta'lim Darul Muhibbin 7.5.2013


 Interaksi antara kita dengan Allah S.W.T mencerminkan interaksi kita dengan manusia. 
Jika molek interaksi kita dengan Maha Pencipta,
 maka moleklah juga interaksi kita sesama manusia 
- Habib Ali Bin Syeikh Abu Bakar -



Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Ta'lim Darul Muhibbin malam ini (Selasa) selepas solat Maghrib di  Surau Nurul Ehsan

GPS : 3.178717, 101.753858

Thursday, 2 May 2013

Friendly Match - TDK fc (0) vs Kraftangan (1)

Tarikh  : 01hb Mei 2013
Masa   : 5.00 ptg
Tempat : Kraftangan
Keputusan : Kalah 0-1

Line up : Andy, Zaid, Haziq, Bojai, Zahin, Otai, Bohe, Abe, Joe, Hisham dan York

Sub : Abas, Acha, Moq, Uje, Zaim dan Napi

Man of the match : Otai