5-7 April, Kenyir - Alhamdulillah, perancangan trip ke Kenyir berjaya. Tahniah dan syabas kepada AJK Rekreasi Aiman dan Nashriq kerana telah mengadakan trip santai lagi merehatkan minda.
Juga kepada rakan-rakan kerja yang lain Sdra Nizam, Najib, Nazri, Jack dan Sdri Merry yang menjayakan program ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada leader konvoi Azizi dan Zamani. Motto "Gerak Geri Rapala" sesuai dengan trip ini kerana pemancing tidak jemu-jemu casting di atas boat house.
Juga kepada rakan-rakan kerja yang lain Sdra Nizam, Najib, Nazri, Jack dan Sdri Merry yang menjayakan program ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada leader konvoi Azizi dan Zamani. Motto "Gerak Geri Rapala" sesuai dengan trip ini kerana pemancing tidak jemu-jemu casting di atas boat house.
Khamis, 4 April
Bersiap sedia packing. Sempat posing sebelum bergerak
Sdra Najib memberi taklimat ringkas tatacara konvoi kepada semua.
Pengerusi KBTDK, Azmi membaca doa sebelum bertolak.
Merry dengan posing ayu ketika berhenti di Jabor.
Singgah solat di Bukit Besi.
Kami sempat belajar dan mempraktikkan Solat Jamak Taqdim/Ta'khir beserta Qasar.
Alhamdulillah trip ini bukan sahaja pengisian rekreasi, malah penerapan nilai-nilai kerohanian juga terlibat sama.
Hari Jumaat, 5 April.
Pagi singgah sarapan di Restoran Kak Zah.
Sampai di pintu masuk Empangan Tasik Kenyir, Stesen Janaelektirk Sultan Mahmud, Kenyir.
Leader Azizi tekun memproses permit masuk.
KBTDK membuat semut semut menghantar barang dari kereta ke Boat House.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Kegirangan pertama kali menaiki boat house
Menikmati angin ketika menuju ke Terenggan.
Ammar sedang mengajar Fahrurazi memasang rapala sambil diperhatikan Nashriq.
Barisan joran yang akan membaham ikan sebentar saja lagi.
Kami Solat Jamak Ta'khir Zohor dan Asar di boat house.
Solat Jumaat tak dapat. Tak cukup syarat.
Caster-caster KBTDK. Casting di boat house sebelum bergerak.
Test power and test Joran.
Tujuh boat bergerak keluar memancing.
Nizam dan Nazri dengan penuh keyakinan akan mendapat ikan yang besar.
Ini semua caster kategori beginner. Mereka casting di boat house sahaja.
Time ni usaha untuk mencabutkan umpan yang tersangkut di pokok.
Ini caster "Raja Kambing!!".
Pemandangan indah sewaktu senja di Terenggan.
Junior yang mengikuti Trip Kenyir. Kebanyakan ibubapa takut nak bawa anak sebab anak tak pandai berenang.
Tapi Leader Azizi dah hantar anak mereka Swimming Lesson.
Mungkin AJK Rekreasi boleh anjurkan Swimming Lesson pada penduduk sekitar Taman Desa Keramat. Sekadar cadangan. AJK Rekreasi, sila note dalam diari anda.
Menu makan malam kami: Sambal udang MeriJack, Ikan goreng yang dibeli di Pasar Borong Selayang dan sayur Lemak.
Chef : Meri, dibantu Jack, Nizam, Aiman, dan semua.
Test power, Azzahir menyemak samada makanan yang disediakan adalah hasil tangkapan atau tidak. Jawapannya tidak.
Sabtu, 6 April
Sekumpulan caster sedang nyenyak tidur.
Jack dan Azmi menyiapkan sarapan pagi.
Sarapan pagi kami. Hot Dog, Fries dan Burger.
Selepas sarapan, kami bersiap pergi memancing dan mandi.
Bayangkan sambil pancing ada yang lain mandi kat tepi.
Bagi pemancing KBTDK, itu adalah cabaran dan dugaan.
Bagi pemancing KBTDK, itu adalah cabaran dan dugaan.
Kami konfiden kali ini dapat ikan.
Bayangkan mereka memancing sambil diperhatikan budak budak berenang di port yang sama.
Saya tak tau saya buat apa kat sini.
"Ini memancing cara jerangkap sama" kata Aji.
Ini ikan duyung versi lelaki. Nashriq sedang bersedia untuk tembak.
"Haa camnie cara berenang terbalik" kata Azmi sedang mengajar cara berenang yang betul.
Adik-adik pun turut belajar dengan Azmi cara berenang sebenar. hurp hurp...
Suheil in peace
Posing terbaik AzZahir semasa balik ke BoatHouse.
Di Bewah, kaki joran semua sedang memperkemaskan joran mereka seolah-olah ada ikan yang akan mereka dapat sebentar lagi.
Brother Azizi memantau kawasan Bewah.
Pemandangan Gua Bewah. Kami tak sempat naik ke atas kerana boathouse perlu bergerak cepat kerana ada program oleh Jabatan Perhutanan dan agensi pengiklanan di kawasan tersebut.
Foto pemandangan senja yang tenang di Bewah.
Pesta BBQ, Makan malam.
Ayam dan daging, ikan mana? huhuhuhu
Daging dan Ayam BBQ
Nasi Goreng China oleh Chef Aiman dan Hafizi.
Ahad, 7 April
Pemandangan fajar menyinsing dari Bewah.
Ammar bersiap sedia berkemas packing nak balik.
Jangan silap. Ini bukan pejuang Sulu.
Pandangan dari atas Stesen Janaletrik Sultan Mahmud.
Rehat di RNR Gambang.
Gambar kenangan Kelab Belia TDK di Kenyir
Kesimpulan, trip ini memberi pengalaman yang bermakna pada Kelab Belia TDK dan secara peribadi, saya teruja dengan trip ini kerana ianya pengalaman pertama saya menaiki boathouse dan bermalam di atas boat house. Begitu juga kepada rakan-rakan lain yang kali pertama menaikit boat house seperti Nashriq, Azzahir dan ramai lagi.
Secara jujurnya, di sini saya memaklumkan tiada tangkapan ikan. Tiada hasil, walaubagaimanapun Kelab Belia TDK akan repeat pada masa akan datang.
Kenyir!!! Tunggu aku cabar kau!!!!
No comments :
Post a Comment