Thursday, 3 January 2013

Mesyuarat bersama YB Saari, wakil MPAJ, Pak Nan dan KBTDK.

03 Januari 2013. YB Saari telah mempengerusi mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dan pertikaian yang berlaku antara pengusaha kebun iaitu Pak Nan, KBTDK selaku wakil penduduk dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap sebidang tanah bersebelahan Medan Selera AU2A yang pada asalnya telah diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman untuk dijadikan sebuah trek sukan berbasikal. Mesyuarat tersebut telah diadakan di kedai makan Yusof Tom Yam, Medan Selera AU2A Taman Desa Keramat. Satu perbincangan yang baik dan berjaya mencapai satu kata sepakat mengenai masalah ini. Projek trek sukan berbasikal itu dihentikan untuk tempoh tertentu. KBTDK dan Pak Nan juga menuntut ganti rugi atau saguhati yang bersesuaian akibat kos kerosakan tanaman. Wakil pihak MPAJ akan mengemukakan tuntutan ini ke pihak atasan dan mesyuarat mengenai masalah ini akan dijalankan.

YB Saari mempengerusi mesyuarat.

Wakil MPAJ - Ketua Jabatan Belia & Masyarakat MPAJ, En Khairil Azhar.

Pak Nan pengusaha kebun.

Pengerusi KBTDK - En Azmi

Semua setuju Projek Trek Basikal dihentikan.

Walaupun pada mulanya mesyuarat agak tegang, namun diakhiri dengan bermaafan dan berhemah.

Tanah kebun yang telah diratakan untuk dijadikan trek basikal.





No comments :

Post a Comment