20 Mei, Keramat - Alhamdulillah,
Kursus Pengurusan Jenazah buat kali pertamanya dianjurkan oleh Kelab Belia TDK
dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan, IKRAM Ampang Jaya dan JAWI telah dijalankan
dengan jayanya di Surau Nurul Ehsan.
Anggaran yang mendaftar untuk
kursus ini seramai 60 peserta iaitu 40 peserta lelaki dan 20 peserta wanita.
Peserta bukan sahaja datang dari persekitaran Taman Desa Keramat, malah
majoriti yang mengikuti program ini adalah penduduk-penduduk di kawasan kejiranan
Desa Keramat.
Kursus telah dimulakan dengan
sesi penerangan teori berkaitan ilmu pengurusan jenazah. Kemudian para peserta
diperkenalkan pula dengan pekakas keperluan untuk pengurusan jenazah.
Seterusnya diadakan sesi amali mandi dan mengkafan jenazah dan solat jenazah.
Maklumbalas dan respon yang kami
terima dari peserta-peserta kursus akan kami perbaiki di program-program yang
akan adakan pada masa akan datang. Insya-Allah, sekiranya ada rezeki kelab kami
akan mengadakan Program Pengurusan Jenazah kali ke-2.
Emcee, Sdr Azhar pengacara program.
Antara peserta-peserta yang hadir.
Ustaz Norizan menerima sijil penghargaan dari kelab selepas sesi teori.
Sesi praktikal oleh Fasilitator dari JAWI
Mengkafankan mayat
Solat jenazah
Sdr. Sahlan sebagai wakil menerima sijil penyertaan bagi semua peserta yang hadir.
Sdr. Urwah Saari wakil IKRAM Ampang Jaya menerima sijil penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan kursus.
kredit kepada adhoc photographer : Sdr. Nashriq
Pihak Kelab Belia TDK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah, Ustar Norizan @Nor Abd Ghani dan fasilitator juga kepada semua peserta-peserta kursus yang hadir.
No comments :
Post a Comment