Alhamdulillah..kita sudah hampir sangat dengan bulan
Rejab..bulan yang penuh barakah..Subhanallah. Bersyukur kepada ALLAH
S.W.T kerana masih memberi kita peluang untuk menghidupkan bulan yang
mulia ini.
Sempena menyambut Ramadhan yang bakal mendatang dalam tempoh
dua bulan sahaja lagi, kelab akan menganjurkan ceramah-ceramah, dan tazkirah
dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ini adalah bertujuan untuk
memperingati diri kita masing-masing agar tidak terlewat dalam mengerjakan
ibadah yang biasa dilakukan para-para anbiya' dalam bulan tersebut.
Pada 19 Mei lepas, satu majlis kesyukuran telah diadakan di
rumah Sdr. AzZahir, AJK Kerohanian Kelab bagi meraikan abang beliau, Ustaz
Shahrul Nizam Yamani membawa rombongan mengerjakan umrah pda 27 Mei 2012 ini,
dalam majlis tersebut, Ustaz Shahrul telah menyampaikan tazkirah ringkas
mengenai bulan Rejab, keistimewannya, dan amalan yang baik dikerjakan dalam
bulan itu.
InsyaAllah, tazkirah-tazkirah bagi membangkitkan semangat
kita untuk merebut ganjaran-ganjaran dalam bulan istimewa akan diadakan dari
masa ke semasa.