Thursday, 29 August 2013

Majlis Tautan Mahbbah Aidil Fitri 2013

Assalamu'alaikum.. SEMUA DIJEMPUT HADIR pada Sabtu 31 Ogos 2013, di Surau Nurul Ehsan bermula 11.00 pagi inshaAllah.. 

Majlis Tautan Mahbbah Aidil Fitri 2013 bersama ALUMNI HADRAMAWT, YAMAN.



Kepada semua yang ingin menyumbang bagi program ini, boleh menyumbang kepada Sdra Khairul Azmi - 0126370609. Kepada yang ingin membawa juadah untuk dikongsikan bersama juga adalah digalakkan.

Saturday, 24 August 2013

Sumbangan Mangsa Kebakaran, Sdra Mohd Rafiq Samsudin

Dalam kita seronok menyambut Aidilitri, seorang rakan kita ditimpa musibah. 
Mohd Rafiq Samsudin yang ditimpa musibah baru ini iaitu rumah beliau di Batu 9 Cheras terbakar rentung. Oleh itu kepada semua ahli yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada saudara rafiq atau kepada yang ingin bank in ke akaun, adalah seperti berikut :

MOHD RAFIQ SAMSUDIN
MAYBANK—114329110407
0122591105


MARZIAN M NOR
CIMB—14140107879521
0126590707

Kepada ahli junior dan TDK Kid yang tidak mengenali Abang Rafiq, Abang Rafiq adalah penduduk Taman Desa Keramat, boleh dikira 1st batch/generasi senior yg dulunya tinggal di Lorong 4 lebih dikenali dgn nama "As".

Perhatian dan sumbangan ahli adalah diharapkan.



Thursday, 8 August 2013

Salam Aidilfitri dari Kelab Belia TDK, Surau Nurul Ehsan dan Penduduk Taman Desa Keramat.


Dikesempatan ini, Jawatankuasa Kelab Belia TDK dan Surau Nurul Ehsan serta Penduduk Kariah Taman Desa Keramat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam umumnya dan khususnya kepada jemaah yang mengunjungi surau kami di Taman Desa Keramat.

Kami menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin atas kekurangan sepanjang kami menguruskan pentadbiran Surau Nurul Ehsan dan Taman Desa Keramat. Semoga lebaran ini mengeratkan silaturrahim di antara kita sesama muslim. InsyaAllah.

Bersalam-salaman selepas Solat Sunat Aidilfitri
Gambar kenangan Kelab

Gambar kenangan Aidilfitri 1434H/2013
Penduduk Taman Desa Keramat


Wednesday, 7 August 2013

Sambutan Malam Raya Taman Desa Keramat

Setiap tahun, sambutan malam 1 Syawal akan diadakan takbir dari rumah ke rumah. Majlis ini juga ada dibuat di kampung-kampung. Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis ini diberi nama "Baraan" dibuat pada 1 Syawal hingga 3 Syawal siang hari. Berbeza di kariah kami, Taman Desa Keramat mengadakan takbir aidilfitri di rumah-rumah setiap lorong.


Ucapan ringkas oleh Pengerusi SNE dan Imam SNE



Jemaah SNE bertakbir di malam raya






Takbir raya dari rumah ke rumah 

Hidangan KFC Bucket berisi Currypuff.



Masa yang ditunggu kanak-kanak ketika ini ialah menerima duit raya dari tuan rumah.

Kredit to Salman Fadhli dan Saiful Adli atas gambar yang dikongsikan.

Tazkirah Akhir Ramadhan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Nizam Yamani

07 Ogos/ 30 Ramadhan - Tazkirah terakhir Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nizam Yamani selepas solat Subuh. Beberapa penekanan diberikan dalam adab-adab perkara yang perlu dititikberatkan semasa menyambut 1 Syawal. Yang Berbahagia Ustaz juga mengingatkan jemaah agar istiqamah dalam mengerjakan ibadah sepertimana kita bersemangat dalam bulan Ramadhan menjaga waktu solat, ibadah sunat seperti membaca Al-Quran, Dzikir, dan bersedekah juga perlu diteruskan di bulan-bulan selepas Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini membentuk kita untuk terus menjadi hamba Allah S.W.T yang soleh dan bersyukur. InsyaAllah.

Tazkirah ringkas oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Nizam Yamani